Laman Utama arrow Arkib Berita arrow BUAL BICARA TOKOH ILMUWAN ISLAM :Y. Bhg. Dato' Dr. Haron Din
BUAL BICARA TOKOH ILMUWAN ISLAM :Y. Bhg. Dato' Dr. Haron Din
Written by ICTpptm   
Tuesday, 01 November 2011

BUAL BICARA TOKOH ILMUWAN ISLAM: Y. BHG. DATO' DR. HARON DIN

Program “Bual Bicara” adalah merupakan satu bentuk program santai dan tidak terlalu formal jika hendak dibandingkan dengan lain-lain majlis keilmuan seperti konvensyen, seminar, polemik, dialog dan sebagainya. Sasaran peserta bagi program ini adalah terdiri daripada golongan peringkat pertengahan merangkumi para pelajar IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s), persatuan-persatuan dan individu-individu yang berminat.

Program ini diadakan secara kerjasama diantara Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di bawah Unit Tamadun Islam dan Tradisi Ilmu,Bahagian Adat-Adat Melayu dan Warisan, Pusat Rawatan Perubatan Islam (Darussyifa) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memandangkan agensi-agensi tersebut mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang yang berkenaan.

TUJUAN/OBJEKTIF

Antara tujuan utama Program “Bual Bicara” ini diadakan adalah sepertimana berikut :-

Ø  Mengetengahkan tokoh-tokoh di negeri Selangor dan sumbangan mereka dalam bidang ilmu keagamaan   dan dakwah Islamiah.

Ø  Mempromosi dan menyebarkan hasil kajian serta cetusan intelektual tokoh-tokoh keagamaan di negeri Selangor kepada masyarakat umum.

Ø  Meneruskan tradisi membudayakan pengkajian ilmu-ilmu agama Islam oleh tokoh-tokoh agama khususnya di Selangor.

Ø  Menimbulkan kesedaran dan kecintaan masyarakat Islam hari ini terhadap peranan, sumbangan dan karya-karya yang telah dihasilkan oleh golongan ulama dan para cendiakawan Islam. 

 

TARIKH DAN LOKASI            

Program ini akan diadakan sebagaimana cadangan berikut :-           

Tarikh               :          10 November, 2011 (Khamis)           

Tempat              :          Auditorium Daeng Chelak,                                               

                                    Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.  

 

AHLI PANEL

Ahli-ahli panel yang dicadangkan bagi menjayakan majlis berbentuk keilmuan tersebut adalah sebagaimana berikut :-  

Ø     PANEL 1  ·             Y. Bhg. Ustaz Hamdan b. Muda – Sahabat Y. Bhg. Tuan Guru

                     ·             Y. Bhg. Ustazah Salwa bt. Haron - Anak Y. Bhg. Tuan Guru

Ø     PANEL 2           Y. Bhg. Dr. Abdullah bin Yusof (Panel 2)

                             Pengamal Perubatan di Darussyifa’Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 

Ø     PANEL 3                  Y. Bhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din (Tokoh)

                            Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Pengubatan Islam (Darussyifa’)/Timbalan  Mursyidul   Am PAS

Ø                                                  Y. Bhg. Ustaz Khadher bin Ahmad (Moderator) Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi       Pengajian Islam, Universiti Malaya

 

 

Untuk Keterangan Lanjut,sila hubungi:

1)Puan Rohayu bte Mohd Yunus

   Tel:0123090344

   Emel: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

2)Encik Mohd Sani bin Hj Suradi

   Tel:0163130430

   Emel: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

 

 
< Prev   Next >
©2010 PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
Penafian: PADAT adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian
yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kesilapan kandungan di dalam laman web ini.