Laman Utama
Muzium Sultan Alam Shah

Image

Penubuhan Muzium Negeri Selangor yang ketika ini dikenali dengan sebutan Muzium Sultan Alam Shah bermula apabila DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menandatangani Enakmen No.6 Tahun 1975 Negeri Selangor bertarikh 27 Disember 1975.

Image

Selepas beberapa tahun jerih-perih ia dirancang, maka pada 2 September 1989, muzium yang menjadi lambang pembangunan kebudayaan Negeri Selangor ini pun dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Sultan Selangor di mana istiadat perasmiannya dilakukan dengan penuh acara tradisi Melayu. Pentadbiran muzium ini diletakkan di bawah tanggungjawab Lembaga Muzium Selangor. 

Image

Bangunan muzium ini dibina di atas tanah seluas 12.95 hektar dan luas ruang lantainya ialah 41,538.46 meter persegi. Bangunan lima tingkat ini terdiri daripada dua tingkat ruang pejabat, tiga tingkat ruang pameran dan Dewan Pameran Daeng Menambun. Terdapat lima buah balai pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Sukan, Balai Warisan Alam Semulajadi dan Balai Islam serta Pameran Luar. Muzium ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti Pusat Sumber, Auditorium, Dewan Raja Lumu, Bilik Mesyuarat Daeng Perani dan Kemasik, Makmal Taksedemi dan Repositori. 

Image  Image

Image  Image

 

Tanggal 18 Jun 2009,Lembaga Muzium Selangor telah bertukar nama menjadi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).Dahulunya ketika di bawah Lembaga Muzium Selangor,ia merupakan organisasi yang memberi tumpuan kepada aktiviti pameran,penyelidikan,penerbitan dan pengumpulan koleksi bagi muzium di negeri Selangor sejak tahun 1975 di bawah Enakmen No.6 Tahun 1975.Kini, PADAT di naungi oleh D.Y.M.M Sultan Selangor.Ia berfungsi khusus untuk membangun,memelihara dan menyebarluas adat Melayu dan warisanNegeri Selangor.Enakmen penubuhan Perbadanan tersebut (Enakmen No.4) telah mendapat perkenan D.Y.M.M Sultan Selangor pada tanggal 30 April 2009.

 

PADAT mempunyai tiga bahagian bagi menyokong fungsinya yang di ketuai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif,antaranya:

 1) Bahagian Khidmat Pengurusan

 2) Bahagian Adat-adat Melayu dan Warisan

 3) Bahagian Permuziuman

 

 

 
2010 PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
Penafian: PADAT adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian
yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kesilapan kandungan di dalam laman web ini.