Laman Utama arrow Perkhidmatan arrow Dewan & Auditorium
Perkhidmatan

 

KADAR BARU SEWA PENGGUNAAN KEMUDAHAN DI MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, SHAH ALAM


AUDITORIUM DAENG CHELAK

Sewa           : RM 3,000.00

Deposit        : RM 500.00


Jumlah Keseluruhan : RM 3,500.00


Pakej           : Sistem PA, Lampu & Penghawa Dingin

                       2 wire mic + 1 hand held mic, Rehersal dan Persiapan Tempat

 

Tambahan    : RM 500.00 bagi penggunaan LCD projector serta kelengkapan.

                        RM 50.00 bagi penambahan 1 mic dan RM 10.00 bagi penambahan 1 meja petak 2' x 4'.

 

Kapasiti        : 280 orang


Tempoh Penggunaan : 8.00 pagi – 6 petang

                                      RM 150.00 bagi setiap 1 jam selepas 6 petang.

 

DEWAN RAJA LUMU

Sewa            : RM 3,000.00

Deposit         : RM 500.00


Jumlah Keseluruhan : RM 3500.00


Pakej            : PA sistem,Lampu & Penghawa Dingin

                       300 buah kerusi banquet & 30 buah meja

                       2 wire mic + 1 hand held mic

                      10 meja petak 2' x 4' dan satu rostrum

                       Rehersal dan persiapan tempat.

    

Tambahan     : RM 500.00 bagi penambahan LCD projektor

                         RM 50.00 bagi penambahan 1 mic

                         RM 10.00 bagi penambahan 1 meja petak


Kapasiti         : 380 orang

 

Tempoh Penggunaan : 8.00 pagi – 6 petang

                                      RM 150.00 bagi setiap 1 jam selepas pukul 6 petang


PAKEJ : AUDITORIUM & DEWAN

Sewa            : RM 3,500.00

Deposit         : RM 750.00


Jumlah Keseluruhan : RM 4,200.00 


Pakej            : “ Seperti di atas "


SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN


PERMOHONAN & PEMBAYARAN :


1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Menggunakan Kemudahan, MSAS (16) pind.02/07 tidak lewat 14 hari dari tarikh penggunaan untuk mendapat kelulusan dari Ketua Pegawai Eksekutif, PADAT. Bayaran tempahan/cagaran secara tunai sebanyak RM 500.00 hendaklah dijelaskan berserta serahan borang tempahan.


2. Jabatan-jabatan Kerajaan yang menggunakan Pesanan Tempatan (L.O) hendaklah menyerahkan L.O apabila membut pengesahan tempahan dan bayaran hendaklah dibuat sebelum tarikh penggunaan. Bayaran penuh sewa dewan/auditorium hendaklah dijelaskan 7 hari sebelum digunakan atau semasa tempahan.


3. Bayaran sewa auditorium/dewan hendaklah dibuat dengan cek berpalang atas nama ‘PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR.’ No. Akaun 1205 - 1307659-05 - 9, Commerce International Merchant Bank (CIMB) cawangan CIMB Shah Alam.


4. Pihak pengguna perlu mengemukakan surat atau mengisi Borang Tuntutan Wang Cagaran serta resit asal kepada Lembaga Muzium Selangor dalam tempoh 14 hari selepas tarikh penggunaan. Selepas tarikh tersebut, wang cagaran tidak akan dikembalikan. Sekiranya pihak pengguna membatalkan tempahan dari tempoh berikut :-

    o 1 bulan sebelum tarikh penggunaan - wang cagaran akan dikembalikan 100 %.

    o 3 minggu sebelum tarikh penggunaan - wang cagaran tidak akan dikembalikan.


5. Wang cagaran hanya akan dikembalikan jika keadaan auditorium / dewan dalam keadaan memuaskan.


6. Kadar bayaran adalah untuk kendalian sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Selepas  waktu tersebut sebanyak 5% dikenakan bagi setiap jam berikutnya bermula jam 6.00 petang.

 

PENGGUNAAN :


1. Pihak PADAT tidak menyediakan perhiasan pentas, penyusunan kerusi meja dan alas meja. Pengguna hendaklah menyusun kerusi meja sendiri mengikut keperluan.


2. Persiapan terakhir hendaklah dibuat oleh pihak pengguna sehari sebelum tarikh penggunaan tertakluk pada kekosongan. Pihak Muzium hendaklah diberitahu jika ada bantuan yang diperlukan. Sebarang perkhidmatan tambahan yang diperlukan, pihak pengurusan boleh mengenakan bayaran atas perkhidmatan yang diberikan pada kadar yang ditetapkan. Permintaan terhadap tambahan di saat-saat terakhir tidak akan dilayan.


3. Sebarang tambahan kemudahan dan alat-alat yang diperlukan oleh pihak pengguna hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan muzium dan diuruskan sendiri oleh pihak pengguna. Pendawaian elektrik tambahan tidak dibenarkan sama sekali sebelum mendapat kelulusan Lembaga.


4. Pihak pengguna bertanggungjawab diatas keselamatan kawalan, kebersihan, tatatertib pengguna dan segala peraturan serta arahan dipatuhi dengan sepenuhnya. Pihak Lembaga tidak akan bertanggungjawab atas segala kemalangan/kematian atau kehilangan harta benda pihak pengguna. Segala tuntutan tidak akan dilayan.


5. Segala kerosakan dan kehilangan harta benda muzium akibat kecuaian pengguna akan dituntut oleh Lembaga Muzium Selangor dan hendaklah ditanggung oleh pihak pengguna itu sendiri.


6. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengguna untuk memastikan sampah sarap atau sisa makanan dibawa keluar terus daripada kawasan bangunan Muzium Sultan Alam Shah.


7. Pengguna dimestikan berpakaian kemas dan menunjukkan tingkah laku sopan semasa berada di dalam dewan/auditorium.


8. Dilarang membawa makanan/minuman di dalam auditorium. Dilarang merokok didalam auditorium/dewan. Dilarang berniaga di dalam ataupun di luar kawasan auditorium/dewan. Segala aktiviti yang dijalankan hendaklah tidak melanggar undang-undang negara.


9. Pengguna tidak dibenarkan memasuki kawasan lain selain yang telah ditetapkan ( kecuali galeri pameran ).


10. Sekiranya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak pengurusan berhak membuat apa-apa pindaan dan boleh membatalkan sebarang tempahan bila-bila masa tanpa merujuk pihak pengguna. Pihak pengguna tidak berhak menuntut gantirugi dan sebarang tuntutan lain.


11. Pihak pengguna perlu memaklumkan kepada pihak keselamatan Muzium untuk membuat pemeriksaan keselamatan dan kebersihan bersama sebelum meninggalkan auditorium/dewan.


12. Segala keputusan Lembaga di atas segala masalah yang mungkin timbul/berbangkit dengan pengguna adalah muktamad.


Sebarang tempahan atau pertanyaan sila hubungi:


Unit Kewangan dan Pembangunan

Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT),

d/a Muzium Sultan Alam Shah,

Persiaran Bandaraya,

40000 SHAH ALAM.


No. Telefon  : 03- 55190050/55197604/55103190 & 55103220

No. Faks       : 03- 55101799

Encik Ahmad Najib bin Mohd Zaini

Encik Rusli bin Hashim

Encik Muhammad bin Sidik

 

Klik sini bagi Iklan Penuh dan Borang Permohonan Penyewaan (.pdf)

Klik sini untuk Borang Tuntutan Wang Deposit (pdf). 

 

Gambaran Auditorium Daeng,Muzium Sultan Alam Shah,Shah Alam

 

 

 

 

 

 
  

 

Gambaran Dewan Raja Lumu, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.

 

 

 

 
  
 
2010 PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
Penafian: PADAT adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian
yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kesilapan kandungan di dalam laman web ini.