Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

kpe

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Segala puji bagi Allah SWT dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya kita masih diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam laman sesawang PADAT.

Penghasilan Laman Sesawang ini merupakan usaha yang sangat baik dan amat dibanggakan. Bahkan segala perkongsian aktiviti dan program anjuran PADAT dapat di promosikan melalui Laman Sesawang ini. Oleh yang demikian, saya berharap penghasilan Laman Sesawang ini dapat memberikan maklumat yang terbaik dan berguna kepada semua pelawat yang melayari Laman Sesawang ini. Akhir kata dari saya, diharapkan usaha ini dapat diteruskan lagi.

Sekian, terima kasih.

MOHD FAIZUL FITRI BIN MUSLIL
Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.