Piagam Pelanggan

 

Kami warga kerja Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dengan penuh komited, berikrar untuk menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan sepertimana yang diamanahkan kepada kami dalam memelihara Adat Melayu, Budaya dan Warisan Negeri Selangor dengan memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan serta menepati kemahuan dan keperluan pelanggan kami.

Ke arah ini, kami menghargai hak pelanggan kami sebagaimana yang berikut:

Mengadakan pameran bagi memberi kesedaran dan mendidik masyarakat umum tentang sejarah, budaya dan warisan negeri:

• Pameran tetap secara berterusan
• Pameran khas / sementara dengan minima dua (2) pameran setahun
• Pameran luar / bergerak dengan minima enam (6) pameran setahun.


Melaksanakan urusan-urusan berkaitan koleksi:

• Maklum balas permohonan pinjaman koleksi dijawab dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
• Proses permohonan pinjaman diselesaikan dalam tempoh 10 hari bekerja.


Memberi khidmat nasihat dan rundingan berhubung aktiviti penyelidikan dalam aspek sejarah, arkeologi, adat Melayu, warisan dan seni budaya negeri Selangor:

• Maklum balas permohonan melaksanakan penyelidikan di arkib / pusat sumber PADAT diuruskan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
• Maklum balas permohonan melaksanakan penyelidikan di lapangan secara kerjasama dengan PADAT diuruskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
• Maklum balas permohonan menjalankan penyelidikan berhubung arkeologi secara kerjasama dengan PADAT dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja


Memberi khidmat nasihat dan rundingan berhubung aktiviti penyelidikan dalam aspek sejarah, adat Melayu, warisan dan seni budaya negeri Selangor:

• Maklum balas permohonan menerbitkan artikel dalam Jurnal Seri Alam PADAT diuruskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
• Maklum balas permohonan menerbitkan buku umum / coffee table secara kerjasama dengan PADAT diuruskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.


Menyelaras program / aktiviti pewarisan ilmu secara kerjasama dengan PADAT berhubung aspek sejarah, adat Melayu, warisan dan seni budaya negeri Selangor:

• Maklum balas permohonan menganjurkan program / aktiviti pewarisan ilmu (seminar, bengkel, bual bicara, sumbang saran, konvensyen, wacana ilmu dan sebagainya)    secara kerjasama dengan PADAT diuruskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja. 


Menyelaras program/ aktiviti STANCO Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor:

• Maklum balas permohonan menganjurkan program / aktiviti STANCO Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor secara kerjasama dengan PADAT diuruskan dalam     tempoh lima (5) hari bekerja.


Melaksanakan urusan-urusan berkaitan sumber manusia, khidmat pengurusan dan kewangan:

• Memastikan pembayaran bil atau tuntutan diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja.
• Menguruskan perolehan bagi:
a) sebut harga dalam tempoh 30 hari bekerja selepas iklan ditutup.
b) tender dalam tempoh 180 hari bekerja dari tarikh tutup.
• Mengemaskini kandungan portal jabatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh maklumat diterima.


Menyelaras dan mengendalikan semua maklum balas pelanggan yang diterima:

• Akuan penerimaan maklum balas dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
• Menyelesaikan aduan dalam tempoh 14 hari bekerja.


Menyelaras dan mengendalikan semua permohonan pelanggan berhubung perkhidmatan lawatan dan persembahan kebudayaan:

• Permohonan perkhidmatan lawatan berpandu dijawab dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
• Permohonan persembahan kesenian dijawab dalam tempoh lima (5) hari bekerja.