Perigi Lama Jugra
Monumen : Perigi Lama Jugra
Daerah : Kuala Langat
Mukim : Bandar Jugra
Tapak Perigi Lama Jugra ini terletak di kaki Bukit Jugra, kira-kira 200 meter dari Bangunan Muzium Tapak (Insitu) Jugra, Kuala Langat. Tapak Perigi Lama ini di jumpai semasa kerja-kerja survei arkeologi di jalankan pada bulan November 2001. Di sekitar tapak ini terdapat beberapa unit perigi lama yang dipercayai digunakan sebagai sumber air pada masa dahulu. Di kawasan tapak ini juga dipercayai terdapatnya runtuhan banguan berdasarkan jumpaan sebahagian kecil tembok atau dinding batu yang masih elok semasa kerja-kerja carigali dijalankan pada tahun 2003. Selain jumpaan tembok batu tersebut, jumpaan-jumpaan lain seperti serpihan seramik, tembikar, porselin dan logam juga telah ditemui.