Sahabat Muzium

0003

 

Apa itu Sahabat Muzium Selangor?

Sahabat muzium adalah program pendidikan muzium yang telah diperkenalkan pada tahun 2012 bersempena dengan sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat negeri anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara institusi muzium di Selangor dengan masyarakat umum selain memberikan pendedahan mengenai sejarah, budaya dan warisan tempatan.

Mari Sertai Kami!

Dengan menyertai Sahabat Muzium Selangor anda bukan hanya dapat mempelajari pelbagai perkara mengenai koleksi muzium, kebudayan dan warisan negeri Selangor malah juga menyumbang dalam pembangunan institusi muzium di Selangor selain dari faedah – faedah lain yang akan diberikan.

 

Faedah menyertai Sahabat Muzium Selangor:

· Cenderahati akan diberikan untuk setiap pendaftaran baru.

· Menerima jemputan untuk sebarang aktiviti (seminar, pameran, bengkel dan sebagainya) yang dianjurkan oleh PADAT.
· Mendapat potongan harga 10% bagi yuran penyertaan untuk setiap program yang dianjurkan oleh PADAT
· Berpeluang mengikuti aktiviti ekskavasi arkeologi / konservasi artifak.
· Menerima pendedahan dalam bidang permuziuman dan persiapan pameranyang dianjurkan PADAT
· Mendapat potongan harga 10% untuk setiap pembelian cenderamata dan hasil penerbitan PADAT
· Menerima setiap keluaran Buletin PADAT.
· Mendapat potongan harga 30% untuk setiap pembelian barangan Sahabat Muzium Selangor.

 

Sebarang pertanyaan mengenai Sahabat Muzium Selangor, sila hubungi:

Encik Azrizal di 03-55190050 atau emel ke Alamat email ini dilindungi dari robot spam. Anda memerlukan Javascript yang aktif untuk melihatnya.

 

 

Untuk keterangan lanjut:
BilBorang.
1 Borang Pendaftaran Sahabat Muzium 1 Klik sini untuk muat turun
2 Borang Pendaftaran Sahabat Muzium 2 Klik sini untuk muat turun