Unit Pentadbiran Muzium Dan Monumen

1. PENTADBIRAN MUZIUM-MUZIUM DAERAH
Kewujudan sesebuah muzium itu pada prinsipnya berasaskan kepada beberapa keperluan iaitu memberi pendidikan kepada masyarakat, pemeliharaan dan pengekalan warisan sejarah, kebudayaan, alam semulajadi dan pelancongan. Menyamai juga dengan peranan muzium-muzium daerah yang wujud dibeberapa daerah negeri Selangor.
Kehadiran muzium-muzium ini adalah merupakan satu cara komunikasi kepada pelawat untuk menyampaikan maklumat, idea dan emosi yang berkaitan dengan bukti-bukti material manusia dan persekitarannya, dengan bantuan kaedah visual dan teknik-teknik yang menarik.
Berikut adalah muzium-muzium daerah di bawah Unit Pentadbiran Muzium dan Monumen:
a) Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
b) Muzium Permainan Tradisional Rakyat Kuala Selangor
c) Muzium Pertanian dan Perikanan Daerah Sabak Bernam
d) Muzium Insitu Jugra, Kuala Langat
e) Muzium Timah, Klang

2. PERLINDUNGAN TERHADAP MONUMEN DAN TAPAK SEJARAH NEGERI SELANGOR
Monumen dan tapak sejarah merupakan warisan kebudayaan ketara yang perlu dilindungi dan dipelihara untuk tatapan generasi akan datang. Ianya penting untuk memastikan tapak-tapak warisan ini kekal terpelihara daripada segala kerosakan sama ada secara semula jadi atau buatan.
Usaha dan pemeliharaan tapak-tapak ini dilaksanakan melalui aktiviti yang berikut:
a) Pengesyoran Pengisytiharan Monumen dan Tapak Bersejarah Negeri Selangor kepada Kerajaan Negeri melalui Enakmen No 4, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 2009.
b) Pengesyoran Penetapan Tapak-Tapak Warisan Negeri Selangor kepada Kerajaan Negeri sebagai Warisan dibawah Seksyen 24, Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)
c) Pengesyoran Pengisytiharan Tapak-Tapak Warisan Negeri Selangor kepada Kerajaan Negeri sebagai Warisan Kebangsaan dibawah Seksyen 67, Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)
d) Pembentukan Pelan Pengurusan Pemuliharaan Tapak dan Bangunan Warisan melalui Rancangan Tempatan/Rancangan Kawasan Khas melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
e) Menggunapakai Garis Panduan Pemuliharaan Tapak dan Bangunan Warisan, Jabatan Warisan Negara dalam khidmat nasihat berhubung pemuliharaan dan pemeliharaan tapak-tapak warisan di negeri Selangor.
f) Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tapak secara berkala dan adhoc termasuk kebersihan, kawalan serangga perosak atau haiwan liar dan lain-lain yang berada di tapak melalui Resque Team PADAT yang diwujudkan.

Antara tapak warisan yang dikawalselia oleh unit ini adalah seperti berikut:
a) Istana Bandar, Jugra, Kuala Langat
b) Penjara Lama Jugra Kuala Langat
c) Pejabat Daerah Lama Jugra, Kuala Langat
d) Kota Malawati, Kuala Selangor
e) Tanjong Keramat, Kuala Selangor
f) Gedung Raja Abdullah, Klang

Senarai Tapak Warisan dan Warisan Kebangsaan Negeri Selangor di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) boleh dilihat disini

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Encik Abdullah Anas bin Abu Bakar
Kurator Unit Pentadbiran Muzium dan Monumen, PADAT
Emel: Alamat email ini dilindungi dari robot spam. Anda memerlukan Javascript yang aktif untuk melihatnya.