Seminar Pantang Larang Masyarakat di Selangor

TPL_WARP_PUBLISH

 

Bersempena dengan sambutan ke-25 tahun Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) akan menganjurkan SEMINAR PANTANG LARANG MASYARAKAT DI SELANGOR. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman, pengetahuan dan pengumpulan maklumat serta sumber-sumber dalam aspek adat, budaya, pantang larang dan petua dalam kalangan masyarakat negeri Selangor. Seminar ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

Tarikh          : 25-26 November 2014 (Selasa hingga Rabu)

Masa            : 7.30 pagi hingga 4.30 petang

Tempat        : Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah

 

RASIONAL

·        Seminar ‘PANTANG LARANG MASYARAKAT DI SELANGOR’ adalah merupakan aktiviti pewarisan ilmu yang julung-julung kalinya diadakan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. Ianya merupakan seminar yang telah dirancang dalam calendar aktiviti PADAT dan Pelan Tindakan Strategik, Bahagian Adat Melayu dan Warisan, PADAT, 2014 bagi tujuan menghasilkan penerbitan ilmiah berhubung sumbangan penting kepelbagaian kaum di Selangor dalam memperkayakan warisan, sejarah, seni budaya, sistem social, politik dan ekonomi yang telah dilalui oleh masyarakat-masyarakat di negeri Selangor. Di samping itu, seminar ini juga bertujuan meningkatkan lagi kunjungan orang ramai ke Muzium Sultan Alam Shah.    

     Seminar ini juga merupakan salah satu usaha PADAT untuk melihat kembali detik-detik perubahan yang dilalui oleh kepelbagaian kaum dI Selangor dalam mengamalkan pantang larang dan petua dalam kehidupan seharian mereka khususnya di era arus permodenan Negara masa kini.

      Di samping itu, seminar ini juga akan memberikan tumpuan khusus kepada kaum-kaum yang menetap di negeri Selangor seperti orang Melayu, Cina, India, orang Asli Selangor dan Sikh dalam sistem sosio-budaya Selangor.

OBJEKTIF SEMINAR

      Menggalakkan penyertaan semua golongan masyarakat mendampingi muzium dan menyertai aktiviti-aktiviti anjuran PADAT di samping menanamkan rasa kecintaan mereka terhadap fungsi dan peranan institusi PADAT.      

      Mengabadikan sumbangan penting kepelbagaian kaum di Selangor dalam memperkayakan warisan, sejarah, seni budaya, sistem social, politik dan ekonomi yang telah dilalui oleh masyarakat-masyarakat di negeri Selangor

      Sebagai pusat pengumpulan bahan dan pendokumentasian yang berhubung kait dengan fungsi kepelbagaian kaum di Selangor khususnya dari aspek patang larang dan amnya petua dalam kehidupan dan amalan seharian.

      Mewujudkan rasa tanggungjawab terhadap nilai-nilai budaya kepelbagaian bangsa dan menghargai sumbangan institusi PADAT dalam menyelidik, memulihara, mendokumentasi dan menyebarkan segala hasil perolehan kepada orang ramai dan masyarakat.

       SKOP BENGKEL

      Memberi fokus pada kepercayaan kepelbagaian kaum di Selangor dalam aspek pantang larang dan petua yang menjadi amalan dari satu generasi ke satu generasi sejak berabad yang lalu dan masih kekal hingga ke hari ini.

      Menumpukan perhatian kepada impak amalan dan kepercayaan pantang larang berkenaan khususnya oleh masyarakat Melayu dari perspektif agama Islam.

      Mengetengahkan dan membicarakan beberapa kriteria uatama dalam pantang larang merangkumi aspek kepelbagaian perayaan kaum di Selangor, aspek perubatan, rawatan tradisional dan perspektif Islam berhubung dengan amalan berkenaan di kalangan msyarakat Melayu dan sebagainya. 

 

 

Borang penyertaan bagi seminar ini boleh di muat turun di sini.

Poster Seminar Pantang Larang(.jpg)

Borang Seminar Pantang Larang(.jpg)