Seminar Kesultanan Selangor Dalam Arus Sejarah Malaysia

TPL_WARP_PUBLISH

Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-25 Muzium Sultan Alam Shah, satu program warisan ilmu akan diadakan oleh pihak Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, KL (DBP) serta Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor. Program ilmu ini juga adalah kesinambungan daripada Bengkel Kajian Naskah Kesultanan Melayu Selangor yang pernah diadakan pada 19 dan 20 Jun 2012 yang lalu.


OBJEKTIF

Objektif utama Seminar Kesultanan Selangor Dalam Arus Sejarah Malaysia adalah;

i. Mengetengahkan penemuan-penemuan kajian baharu kepada khalayak berkaitan dengan Kesultanan Selangor berdasarkan sumber bertulis dan lisan.

ii. Meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat terhadap sejarah kesultanan sebagai satu yang subjek menarik untuk di pelajari kepada pelajar dan pendidik sejarah.

iii. Menerbitkan hasil seminar sebagai satu sumber rujukan masa hadapan.


TARIKH DAN LOKASI PELAKSANAAN

18 NOVEMBER 2014 ( Selasa ) bertempat di AUDITORIUM DAENG CHELAK, MUZIUM SULTAN ALAM SHAH.

Seminar ini terbuka kepada agensi kerajaan,swasta,pelajar IPTA,IPTS,NGO dan individu yang berminat. Penyertaan adalah PERCUMA.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi urusetia :-


Farhani bt. Shamsudin/Rohayu Mohd Yunus/Mohd Sani Hj Suradi
Tel : 03-55190050 / 03 – 55197604

 Klik sini untuk aturcara penuh (.pdf)