Peraduan "Selfie Time With Museum"

TPL_WARP_PUBLISH

Pertandingan ‘Selfie’

 ***PERTANDINGAN "SELFIE TIME WITH MUSEUM AKAN DI LANJUTKAN SEHINGGA 08 JUN 2015)***


Secara ringkasnya selfie bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri tanpa bantuan orang lain. Perkataan “selfie” itu sebenarnya berasal dari perkataan bahasa Inggeris

Pertandingan ‘Selfie’
Secara ringkasnya selfie bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri tanpa bantuan orang lain. Perkataan “selfie” itu sebenarnya berasal dari perkataan bahasa Inggeris “Self Potrait Photography”. Selalunya individu yang suka “berselfie” akan memuatnaik gambar selfienya di laman sosial seperti instagram dan facebook. Mungkin mereka merasakan gambar selfie mereka itu comel atau mereka yakin gambar itu adalah gambar terbaik. Berikutan itu, Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) merancang untuk mengadakan Pertandingan ‘Selfie’ sempena Hari Muzium Antarabangsa peringkat negeri Selangor. Berikut adalah syarat-syarat Pertandingan.

. Selalunya individu yang suka “berselfie” akan memuatnaik gambar selfienya di laman sosial seperti Instagram dan Facebook. Mungkin mereka merasakan gambar selfie mereka itu comel atau mereka yakin gambar itu adalah gambar terbaik. Berikutan itu, Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) merancang untuk mengadakan Pertandingan ‘Selfie’ sempena Hari Muzium Antarabangsa peringkat negeri Selangor. Berikut adalah syarat-syarat Pertandingan.

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN ‘SELFIE’


Pertandingan bermula daripada 25 Mei hingga 3 Jun 2015.
Mudah sahaja, anda perlu kongsi gambar SELFIE anda berlatarbelakang bangunan muzium samada Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Muzium Daerah Kuala Selangor, Muzium Pertanian dan Perikanan Daerah Sabak Bernam ataupun Muzium Insitu Jugra,Kuala Langat yang paling kreatif dan menarik.
-> Like Facebook PADAT
-> Kemudian, hantarkan butiran peribadi anda seperti Nama, Email, Nombor Telefon yang mudah untuk dihubungi.
-> Hantarkan juga URL facebook Profile anda serta beserta gambar PERADUAN “SELFIE TIME WITH MUSEUM” :
-> Sertakan HASTAG# (#MuziumUntukMasyarakatLestari #PADAT bersama mesej peribadi di ruangan komen bersama gambar yang dihantar).
-> Nama-nama pemenang akan diumumkan di Facebook Fan Page PADAT.
-> Kesemua gambar akan disiarkan di Facebook Fan Page PADAT pada Album Selfie Contest Hari Muzium Antarabangsa peringkat Negeri Selangor.
-> Kemudian anda bolehlah “SHARE‟ gambar tersebut dan dapatkan “LIKES‟ FACEBOOK.


*** PENILAIAN AKAN DIBUAT BERDASARKAN KREATIVITI GAMBAR DAN UCAPAN PALING INDAH SEMPENA HARI MUZIUM ANTARABANGSA SERTA REKOD JUMLAH “LIKES” PALING BANYAK AKAN DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.

 

Tempat Pertama       RM 500.00

Tempat Kedua          RM 300.00

Tempat Ketiga          RM 200.00

Saguhati x 5             RM 100.00