Hari Muzium Antarabangsa 2015 Peringkat Negeri Selangor

Hari Muzium Antarabangsa yang disambut pada 18 Mei merupakan acara wajib yang telah diperkenalkan semenjak tahun 1977. Di Malaysia, sambutan Hari Muzium Antarabangsa dilakukan secara bergilir-gilir antara muzium-muzium negeri. Sebagai kesinambungan daripada sambutan tersebut, sebuah sambutan di peringkat negeri akan diadakan pada 9 – 15 Jun 2015 bertempat di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. Bertemakan ‘Muzium untuk Masyarakat Lestari’, sambutan tahun ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan program yang boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat antaranya:
a) Demo perkahwinan Melayu Selangor
b) Pertandingan melukis dan mewarna *Download Borang Pertandingan di bawah
c) Program Komuniti bersama Sekolah Pendidikan Khas dan Safiyyah Homes
d) Pertandingan Seni Jalanan (Graffiti & Art)
e) Bengkel Peracuan Artifak
f) Kembara Muzium
g) Wacana Muzium
h) Ceramah Agama

Sebarang pertanyaan mengenai program atau aktiviti tersebut, sila hubungi 03-55190050/03-55197604, atau emel ke
Alamat email ini dilindungi dari robot spam. Anda memerlukan Javascript yang aktif untuk melihatnya.
BORANG-BORANG PERTANDINGAN
Borang Pertandingan Melukis
Borang Pertandingan Mewarna
Borang Pertandingan Grafiti
Borang Kembara Muzium
