Program 3K Daerah Sepang

TPL_WARP_PUBLISH

3k-sepang

*Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.

3ksepang-poster3ksepang-aturcara

sinar-copy

Program Karnival Kampungku Kesayanganku ‘3K’ adalah satu program kerajaan negeri dibawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor. Lokasi program ini akan melibatkan 9 daerah dalam negeri Selangor dan masjid akan dijadikan lokasi utama penganjuran aktiviti ini yang akan melibatkan semua kategori masyarakat seperti ketua kampung, guru, penggiat seni, usahawan kampung dan belia.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan keluarga harmoni berlandaskan acuan nilai agama dan nilai murni keluarga, memperkasa institusi masjid sebagi pusat pembangunan komuniti, membangun kampung dari sudut fizikal, spiritual dan ekonomi, mengenengahkan Adat Melayu dan warisan kampung seterusnya memupuk rasa kasih dan sayang kepada kampung halaman.


Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan bertindak sebagai agensi penyelaras untuk program ini serta melibatkan agensi-sgensi kerajaan yang lain seperti JAIS, JAKEES, PADAT, MAIS, Pejabat Mufti, dan Pihak Berkuasa Tempatan Daerah dengan menggunakan peruntukan kewangan jabatan masing-masing. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti perjumpaan dengan pimpinan masyarakat, bicara santai, forum perdana, pameran dan jualan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan kesenian, persembahan kesenian dan sukaneka.