BENGKEL PEMANTAPAN PENULISAN BUDAYA DAN WARISAN

Bidang penyelidikan dan penulisan tidak dapat dipisahkan daripada kerjaya seseorang ahli sejarawan. Mereka yang aktif menyelidik, menulis dan menerbitkan karya penyelidikan akan meletakkan diri dan kewibawaan mereka dalam bidang masing-masing. Kaedah penulisan BUDAYA dan WARISAN pula sedikit berbeza dengan gaya penulisan buku-buku ilmiah yang lain.
Keupayaan para penyelidik khususnya dalam bidang permuziuman untuk menguasai pelbagai kaedah penyelidikan akan mengwujudkan satu pendokumentasian yang lebih tepat dan berkesan. Namum, pendokumentasian tersebut perlu didokong dengan gaya bahasa yang tepat bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan kepada golongan sasaran dapat mencapai objektifnya. Ianya juga merupakan aspek penting yang perlu dikuasai oleh para penyelidik supaya dapat menghasilkan satu pendokumentasian yang baik dan bermutu selaras dengan visi PADAT iaitu “Ke Arah Menjadikan Selangor Pusat Unggul Serantau Dalam Memartabatkan Adat Melayu Dan Warisan Negeri”.
Atas kesedaran inilah Bahagian Adat Melayu dan Warisan, PADAT akan menganjurkan bengkel sepertimana berikut :
Tarikh : 22 Oktober, 2015 (Khamis)
Tempat : Dewan Raja Lumu, Muzium Sultan Alam Shah
BIODATA PANEL JEMPUTAN

PROF. MADYA DR HAMEDI MOHD ADNAN.
Beliau merupakan Ketua Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya yang telah mengendalikan lebih 100 bengkel pemindahan tesis ke buku dan lebih 50 bengkel penulisan buku ilmiah di hampir semua IPTA di Malaysia. Hamedi juga telah menyunting dan menerbitkan lebih 100 buku yang asalnya tesis.
Beliau juga telah menilai lebih 100 buah manuskrip untuk penerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Penerbit UM, Penerbit Unimas, Penerbit UiTM, Penerbit UUM, Penerbit UTHM, Utusan Publications, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Yayasan Penataran Ilmu, Yayasan Warisan Johor, Penerbit UTM, Penerbit USIM, dan Creative Enterprise. Kini Hamedi juga merupakan Presiden, Persatuan Editor Malaysia.
Beliau merupakan Presiden Persatuan Editor Malaysia (PEM) dan telah memenanangi Anugerah Penulisan Karya Ilmiah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Associate Prof. Dr. Hamedi Bin Mohd Adnan
Department of Media Studies
Faculty of Arts and Social Sciences, UM
Tel. No. (Office) 03-79675655
Fax No. 03-79675464
