Bengkel Pemahaman Notasi Muzik

Pemahaman notasi muzik merupakan pengetahuan asas yang perlu diketahui oleh sesiapa yang bergelar Ahli Muzik. Ia dapat membantu ahli muzik untuk membaca dan menulis notasi muzik yang mana penting dalam penentuan rentak, atau nilai nada yang dimainkan. Oleh yang demikian, adalah penting bagi Ahli Muzik dari Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan ini ke arah menjadi ahli muzik yang profesional. Penganjuran bengkel ini bertujuan bagi menambah baik dan mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan Ahli Muzik Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) serta masyarakat awam mengenai notasi muzik
OBJEKTIF
1 Objektif penganjuran Bengkel Pemahaman Notasi Muzik adalah seperti berikut:
2. Memberi pendedahan kepada Ahli Muzik PADAT mengenai pemahaman membaca dan menulis nota muzik dengan lancar menggunakan tatacara yang betul
3. Membina dan membentuk pengetahuan dan kemahiran asas Ahli Muzik PADAT dalam bidang muzik.
4. Mempersiapkan Ahli Muzik PADAT ke arah menjadi ahli Muzik profesional.
Klik di Bawah Untuk Borang Penyertaan :
1) Borang Penyertaan (.pdf)
2) Aturcara Program (.pdf)
