Program Silang Budaya

PROGRAM SILANG BUDAYA DI BAWAH PROGRAM PAMERAN DAN PENDIDIKAN,
PERSATUAN MUZIUM MALAYSIA, DI BAWAH KELOLAAN MUZIUM NEGERI PULAU PINANG.
Program Silang Budaya merupakan suatu program pameran dan pendidikan, Persatuan Muzium Malaysia yang dikelolakan oleh Muzium Negeri Pulau Pinang. Bagi edisi pertama ini telah mendapat penyertaan daripada 7 buah negeri iaitu Muzium Negeri Pulau Pinang, Muzium Negeri Perak, PADAT, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Yayasan Warisan Johor, Jabatan Muzium Malaysia dan Muzium Negeri Kedah. Seni persembahan merupakan tema yang telah ditetapkan untuk pengisisan pameran, bengkel, demo dan juga persembahan. Tempoh program bagi satu-satu negeri telah ditetapkan secara berjadual selama minima 1 bulan-maksima 2 bulan.
PADAT akan membawakan seni Cempuling sebagai mewakili seni persembahan kebudayaan bagi Negeri Selangor. Bersempena dengan Temasya Cempuling 25 jam Tanpa Henti yang telah diadakan pada penghujung tahun 2015, adalah sangat bertepatan di dalam usaha pihak PADAT memperkenalkan seterusnya mengangkat seni Cempuling sebagai Warisan Kebudayaan Negeri Selangor.
Borang-borang Pertandingan dan Bengkel sempena Program Silang Budaya
-Borang Penyertaan Pertandingan Mewarna 11 Mei 2016 (PDF)
-Borang Penyertaan Pertandingan Lakar Seni 11 Mei 2016 (PDF)
-Borang Penyertaan Program Sembang Dabus 18 Mei 2016 (PDF)
-Borang Penyertaan Bengkel Ketuk-ketuk Cempuling 25 Mei 201 (PDF)
-Borang Penyertaan Pertandingan Mewarna 01 Jun 2016 (PDF)
