Pertandingan Wau Kapal Negeri Selangor 2016

TPL_WARP_PUBLISH

 

 waukapal2016

Pertandingan Wau Kapal Terbuka Negeri Selangor 2016 merupakan satu program bagi memperkenalkan permainan tradisional Selangor iaitu Wau Kapal  seterusnya mengangkat Wau Kapal sebagai Warisan Kebudayaan Negeri Selangor.

Oleh itu, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor akan mengadakan Pertandingan Wau Kapal Terbuka Negeri Selangor 2016. Lokasi asal pertandingan ini adalah di Padang Sukan Kolej MARA Banting Kuala Langat kini telah ditukarkan ke Padang Awam Batu 7, Kampung Sijangkang, Kuala Langat. Pertandingan yang bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat Selangor tentang Wau Kapal yang merupakan wau tradisi Melayu yang berasal dari negeri Selangor dan terbahagi kepada dua iaitu Wau Kapal Moden dan Wau Kapal Tradisi dan tambahan satu kategori bagi pakaian tradisional tercantik untuk peserta yang berdaftar dalam pertandingan ini. Melalui pertandingan ini juga diharapkan dapat menghimpunkan kesemua persatuan dan pengamal permainan Wau Kapal di Selangor. Ini juga menggalakkan masyarakat untuk menjadikan permainan Wau Kapal ini salah satu aktiviti riadah yang secara langsung dapat menjana aktiviti ekonomi dengan penjualan Wau Kapal untuk tujuan hiasan atau pertandingan.

Objektif Secara Umum

i. Meningkatkan kesedaran rakyat Selangor tentang Wau Kapal yang merupakan wau tradisi Melayu yang berasal dari negeri Selangor dan terbahagi kepada dua iaitu Wau Kapal Moden dan Wau Kapal Tradisi.

ii. Menghimpunkan kesemua persatuan dan pengamal permainan Wau Kapal di Selangor melalui aktiviti pertandingan.

iii. Memeriahkan kembali acara permainan Wau Kapal negeri Selangor yang secara tidak langsung memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai wau tradisi negeri Selangor.

iv. Menggalakkan masyarakat untuk menjadikan permainan wau kapal ini satu aktiviti riadah yang secara langsung dapat menjana aktiviti ekonomi dengan penjualan wau kapal untuk tujuan hiasan atau pertandingan.

 

Borang-borang Pertandingan Wau Kapal Terbuka Negeri Selangor 2016 

a) Borang Pertandingan Wau Kapal Tradisi Tercantik (.jpg) 
 - Spesifikasi Reka Bentuk, Hiasan dan Ukuran Wau Kapal Tradisi (.pdf)

b) Borang Pertandingan Wau Kapal Moden Di Udara (Satu Pancang Tempurung) (.jpg)