Kejohanan Gasing Pangkah Tradisional Terbuka Selangor

TPL_WARP_PUBLISH


Pertandingan ini akan diadakan di Kg. Bukit Kapar Klang pada 13-14 Ogos 2016 bermula pukul 8.00 pg hingga 6.00 ptg.Pertandingan ini diadakan dengan tujuan menghimpunkan kesemua persatuan dan pengamal permainan gasing di selangor melalui aktiviti pertandingan. Ia juga diharap dapat memeriahkan kembali acara gasing pangkah tradisional yang secara langsung memberi pendedahan kepada generasi muda tentang aktiviti warisan negeri. Gelanggang gasing di Kg. Bukit Kapar Klang merupakan gelanggang gasing yang masih wujud dinegeri Selangor sejak sekian lama dan pihak PADAT berharap melalui aktiviti ini dapat menyemai dan membuka mata masyarakat untuk lebih menyintai seterusnya mengembalikan nostalgia permainan gasing pangkah.

Klik Link ini untuk Borang Penyertaan

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :

Encik Abdullah Anas bin Abu Bakar
Tel : 03 -55190050