Tekat Gubah Bunga Tanjung Terpanjang Diiktiraf Malaysia Book Of Record

TPL_WARP_PUBLISH

Umumnya terdapat beberapa jenis tekat antaranya tekat galang, tekat manik, tekat perada, tekat sambau, tekat gem dan tekat gubah. Siti Zainon Ismail(1986) menyebut seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasikan dengan cara menyulam benang emas. Sejarah penggunaan tekat benang emas dianggarkan sama dengan pengaruh pemakaian bahan daripada songket. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan tekat ‘mengalir’ ke Alam Melayu melalui pengaruh India dan China.

Dahulunya pengaruh sulaman tekat ini banyak digunakan oleh raja-raja Melayu termasuklah kesultanan Selangor. Malahan sewaktu pemerintahan Sultan Alaeddin
Suleiman Shah, baginda mengalakkan aktiviti menyulam dan seni kraf diusahakanoleh rakyat Selangor sehingga melibatkan kaum kerabat di istana. Melihat kepada
kepentingan memelihara seni kraf warisan, justeru adalah dicadangkan diadakanProgram Sulaman Tekat Gubah Terpanjang bagi catatan Malaysia Book Of Record.

Program ini akan dilaksanakan secara kerjasama antara Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Tourism Selangor bersama Persatuan Pakar Pembuatan Kraf dan Sulam Tangan Kuala Lumpur dan Selangor ( SCHEME).

OBJEKTIF

1. Mencipta rekod pertama membuat sulaman tekat gubah terpanjang dalam Malaysia Book Of Record.
2. Sebagai satu usaha untuk mempromosi, memperkenal dan menghargai seni warisan Melayu yang telah lama ditinggalkan khususnya buat generasi muda.
3. Menambah bilangan koleksi hasil seni sulaman tekat gubah sebagai koleksi baharu milik Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.
4. Membuka peluang perniagaan kepada individu yang berminat untuk menjadikan hasil seni berkenaan sebagai satu salah produk kraf .


TARIKH DAN TEMPAT

Program ini akan diadakan selama lima hari seperti berikut:-

Tarikh : 26-30 Ogos, 2016 ( Jumaat-Selasa )
Tempat : AEON Mall, Shah Alam