Program Eksplorasi Bukit Malawati 2016

Eksplorasi Bukit Melawati 2016 merupakan program yang dianjurkan oleh PADAT yang berkonsepkan acara mencari harta karun di mana peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan yang disediakan dan menyelesaikan setiap tugasan yang diberi. Penyertaan adalah secara berjalan kaki dan dari satu check point ke satu check point yang lain di sekitar Bukit Melawati tanpa melibatkan sebarang kenderaan. Peserta berpeluang mempelajari pelbagai aktiviti yang menarik dan menguji ketahanan fizikal dan mental dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk merebut kejuaraan. Apa yang penting acara ini bukan sekadar pertandingan malahan satu rekreasi yang sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya seisi keluarga. Percayalah, di sini terciptanya pengalaman dan kenangan indah yang tidak mungkin anda lupakan. Sejarah bermulanya di sini...
Untuk Maklumat Lanjut, Hubungi...
Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya, 40000 Shah Alam.
03 – 5519 0050/55103220/55103190/55197604 (Tel)
03 – 5510 1799 (Fax)
Puan Comeil : 012 – 6212 129, Puan Rohaniyah, Encik Khayat
Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
No 1, Puncak Bukit Malawati, 45000 Kuala Selangor.
03- 3289 7167 (Tel), 03- 3289 6115 (Fax)
Encik Ismail Ramlan, Puan Paizah, Puan Afieliya, Encik Mahadi
