Kembara Muzium 2016

TPL_WARP_PUBLISH

Sempena minggu Hari Muzium Antarabangsa peringkat Negeri Selangor,Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor akan menganjurkan satu program yang akan menguji ketahanan mental dan fizikal anda.Program yang di kenali sebagai Kembara Muzium 2016 ini sepertimana berikut :

Kembara Muzium merupakan antara program TAHUNAN Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor. Program kembara kali ini akan menjelajah ke 2 buah daerah di Negeri Selangor iaitu Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Ianya akan bermula di Bukit Malawati, Kuala Selangor dan berakhir di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

OBJEKTIF

1) Menguji para peserta dari sudut kekuatan mental dan fizikal melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2) Memperkenalkan tempat-tempat menarik di Negeri Selangor.

3) Mengeratkan hubungan antara PADAT dengan muzium-muzium negeri lain, jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi awam maupun swasta serta masyarakat setempat melalui program sebegini.


MATLAMAT

1) Menyebarluaskan, mengajar dan mendidik ilmu pengetahuan maklumat berkaitan tempat-tempat menarik, cara hidup, sejarah budaya dan kesenian Negeri Selangor.

2) Menerapkan budaya mencintai kebudayaan, kesenian dan warisan Negeri Selangor.

3) Membentuk jati diri dan semangat kecintaan terhadap sejarah, budaya bangsa, agama di Negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

 

Tarikh Tutup Permohonan : 03 Oktober 2016

Untuk Keterangan Lanjut,sila hubungi :

a) En. Mohamad Nor Sapar : 017-2308087
b) Pn. Siti Syabana  : 012-3588814
c) Pn. Intan Hazna Abdullah: 012-2187294

Untuk Makluman Borang (sila klik di bawah)

Borang Kembara Muzium 2016 (.pdf)