Bengkel Permuziuman Ukiran Model

Pengenalan
Bengkel peracuan model pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada kakitangan yang berlatar belakang permuziuman atau individu yang berminat untuk mempelajari pembuatan model atau props pameran. Pendedahan kepada jenis dan bahan untuk peracuan akan di sampaikan secara berperingkat.
Objektif
a) Untuk memberi pengenalan asas mengenai bahan dalam proses peracuan model.
b) Memberi pengenalan asas kepada peralatan yang digunakan dalam proses peracuan model, teknik dan kaedah.
c) Untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam kepada peserta mengenai kerja dalam bidang permuziuman khususnya bagi tujuan props pameran.
d) Menjadikan bengkel ini satu peluang untuk para peserta bertemu dan berbincang serta menimba pengetahuan dalam aspek peracuan model.
e) Menjadikan muzium sebagai tapak rujukan penting kepada orang awam dan menyemaikan rasa tanggungjawab dalam memulihara khazanah dan artifak.
Tenaga Pengajar
Pengajar adalah terdiri dari syarikat profesional yang berpengetahuan dalam rekaan seni grafik dan multimedia, berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam mencipta model, props 2D & 3D dan peragaan pameran. Pernah menjadi panel juri dan banyak memenangi anugerah dalam acara seperti kereta berhias anjuran Perbadanan Putrajaya dan pembuatan bot lampu berhias anjuran Tourism Melaka.
- Encik Idris Muhamad, Pengarah ID Dimesion.
- Puan Mimi baizura, Pengarah ARS Designbuilders
- Encik Addi Razmal Abd Rahim, Pengarah ARS Designbuilders
- Encik Khaled Kamal, Pengarah Rekacipta Bersatu Advertising,
- Encik Khalid Tan, Pengukir Profesioanal, Central Market.
Bayaran Penyertaan
Sebanyak RM300.00 dikenakan sebagai yuran penyertaan meliputi bayaran kos tenaga pengajar, peralatan, sijil penyertaan dan makan minum peserta (penginapan dan pengangkutan tidak disediakan)
Untuk Maklumat Lanjut, sila hubungi:
Urus setia,
Bengkel Permuziuman Peracuan Model Pameran,
Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor,
Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandar raya,
40000 Shah Alam.
(u.p. : Puan Comeil Puteri bt. Ibrahim)
Tel. : 03-55190050 samb.213
Faks : 03-55101799
Download Borang Bengkel Permuziuman Ukiran Model (.jpg)
