Program Adat Perkahwinan Dan Warisan Kesenian Melayu Selangor

Program Adat Perkahwinan Dan Warisan Kesenian Melayu Selangor dianjurkan bertujuan memaparkan keunikan dan nilai-nilai estetika yang terdapat dalam adat majlis perkahwinan Melayu Selangor dan warisan kesenian yang semakin dilupakan. Perkara ini amat menarik untuk dipaparkan bagi tujuan pengetahuan, dokumentasi, kajian dan rujukan generasi masa kini dan akan datang menerusi penglibatan pelbagai lapisan latar belakang peserta dan masyarakat umum.
OBJEKTIF
a) Memberi pendedahan, pemahaman dan pengetahuan berhubung pelbagai perihal adat perkahwinan dan warisan kesenian Melayu Selangor.
b) Mempamer dan menyebarluaskan adat perkahwinan dan warisan kesenian sebagai norma hidup yang penting dalam kehidupan masyarakat.
c) Mendokumentasi pelbagai aspek berhubung adat perkahwinan dan warisan kesenian Melayu Selangor untuk dijadikan sumber rujukan pelbagai penyelidik.
d) Menghimpunkan para budayawan, sasterwan dan penggiat seni seluruh negeri Selangor.
e) Memberi peluang dan kesempatan kepada masyarakat untuk mengenali PADAT secara lebih dekat dan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
LOKASI & TARIKH PROGRAM
Tarikh :27 November, 2016 (Ahad)
Tempat: Stadium Mini, Sg. Besar Sabak Bernam
AKTIVITI PENGISIAN
a Pertandingan Gubahan Hantaran Perkahwinan Melayu.
b) Pertandingan Gubahan ‘Sajian Raja Sehari’.
c) Pertandingan Sirih Junjung Perkahwinan Melayu.
d) Persembahan Kebudayaan dan Kesenian
e) Pertandingan Sukan Rakyat
f) Pertandingan Jom Ngail
g) Pertandingan Kompang Berirama
h) Pertandingan Busana Pengantin Tradisional
Untuk Maklumat Lanjut, sila hubungi :
Puan Shahrulniza Nenin
Penolong Kurator,
Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor
Tel : 03-55190050
Alamat email ini dilindungi dari robot spam. Anda memerlukan Javascript yang aktif untuk melihatnya.
Klik Borang Pertandingan (.jpg)
a) Borang Pertandingan Gubahan Hantaran
b) Borang Pertandingan Gubahan Sajian Raja Sehari
c) Borang Pertandingan Gubahan Sirih Junjung
d) Borang Pertandingan Tiang Licin
e) Borang Pertandingan Sukan Rakyat
