Pertandingan Wau Kapal Tradisi Terbuka Negeri Selangor

TPL_WARP_PUBLISH

waukapal-cantik-banner

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) akan menganjurkan Pertandingan Wau Kapal Tradisi Terbuka Negeri Selangor pada 19 Ogos 2017 bertempat di Padang Awam, Kampung Bukit Kerayong, Kuala Selangor. Pertandingan ini mendapat kerjasama dari Persatuan Layang-layang Kampung Bukit Kerayong, Kuala Selangor serta JKKK Kampung Bukit Kerayong, Kuala Selangor.

waukapal-udara-banner

Pertandingan pada tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana pada kali ini bagi kategori terbang di udara penganjur menumpukan sepenuhnya kepada bentuk dan motif Wau Kapal Tradisi berbanding penganjuran terdahulu yang terbuka kepada bentuk dan motif Wau Kapal Moden. Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk menghimpunkan kesemua persatuan dan pengamal permainan Wau Kapal di negeri Selangor melalui aktiviti pertandingan serta memeriahkan kembali acara permainan Wau Kapal yang tidak secara langsung dapat memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai wau tradisi negeri Selangor. Hadiah wang tunai menanti para peserta yang menyertai pertandingan ini. Kepada sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang pertandingan di bawah ini..

Borang Penyertaan