Bengkel Pengacaraan Majlis dan Pengucapan Awam Berkesan

LATAR BELAKANG
Pengucapan awam merupakan satu bentuk komunikasi dalam menyampaikan mesej atau maklumat secara terus. Umumnya, pengucapan awam bertujuan untuk menyampaikan sesuatu, mendidik, mempengaruhi, mendengar pertanyaan dan menjawab dengan penuh yakin dan spontan. Cara berkomunikasi yang berkesan ketika berhadapan dengan orang ramai hendaklah bersahaja, mantap dan tidak membosankan.
OBJEKTIF
i. Mengenal pasti teknik dan kaedah pengucapan awam yang berkesan bagi meningkatkan kemahiran bercakap.
ii. Mempelbagaikan teknik-teknik menjadi Pengacara Majlis dan pengusaaan pentas.
iii. Menambahkan keyakinan peserta melalui bengkel yang disertai.
SASARAN PESERTA
Sasaran peserta terdiri daripada staf Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dari gred 22 dan ke atas serta jemputan kepada beberapa agensi kerajaan dan individu-individu yang berminat. Jangkaan peserta adalah seramai 70 orang. Penyertaan adalah secara PERCUMA.
PENCERAMAH
Penceramah adalah Y.Bhg. Dr. Noriah Mohamed. Beliau adalah mantan Profesor dan Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1991 dalam bidang Kesusasteraan Melayu Tradisional, Bahasa dan Sastera Jawa.
Beliau banyak menghasilkan penulisan yang diterbitkan dalam beberapa buah jurnal, buku, majalah dan akhbar di dalam dan di luar negara. Sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyumbangkan kepakaran dalam pelbagai aspek sosiobudaya dan bahasa Masyarakat Jawa dan Melayu. Atas kepakaran yang dimiliki, beliau sering dijemput/dilantik sebagai ‘Karyawan Tamu’ di beberapa agensi kerajaan, institusi pendidikan dan sebagainya samada di dalam mahupun luar negeri.
Oleh itu, berdasarkan kepada kepakaran dalam bidang Sastera Melayu Tradisional, Bahasa dan Sastera Jawa, beliau sering dirujuk oleh akhbar-akhbar tempatan seperti Harian Metro, Berita Harian, RTM, Astro dan TV3. Beliau juga turut sering diundang menjadi Juruacara Perkahwinan dan lain-lain kegiatan amal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
ATURCARA BENGKEL
| Masa | Aturcara | |
| 8.30 pagi | : | Pendaftaran Peserta |
| 9.00 pagi | : | Minum Pagi |
| 9.30 pagi | : | Pengenalan Kepada Teknik Pengucapan Awam |
| : | Teknik-teknik Pengucapan Awam | |
| : | Pengenalan Kepada Pengacara Majlis Yang Berkesan | |
| : | Tips-tips Menjadi Pengacara Majlis Yang Hebat | |
| : | [Persembahan Kesenian PADAT] | |
| : | Tugas-tugas Pengacara Majlis | |
| : | Teknik Rehearsel yang efektif | |
| : | Kaedah Penguasaan Pentas | |
| : | Latihan | |
| 1.00 tgh | : | Makan Tengahari |
| : | Majlis Bersurai |
*tertakluk pada sebarang perubahan dan pindaan masa
