Program Budayaku Warisanku 2018

TPL_WARP_PUBLISH

 

 

Program Budayaku Warisanku Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1439 H

Program ini merupakan julung kalinya dianjurkan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidil Adha 1439H bersama masyarakat luar. Pada kali ini PADAT akan turun ke padang di lokasi kampung untuk meraikannya bersama masyarakat. Pelbagai acara dirancang sempena program tersebut untuk menyemarakkan lagi budaya dan warisan masyarakat setempat sebagai penyatuan ummah agar tradisi turun temurun dapat dipertahankan. Antara aktivitinya adalah seperti bergotong royong menguruskan ibadah korban, rewang memasak, pertandingan azan, tazkirah, marhaban, persembahan cempuleng, pertandingan mewarna, aktiviti permainan tradisional, pameran dan sebagainya.

OBJEKTIF

1) Membudayakan masyarakat mengenai hubungan kerjasama dan silaturrahim yang perlu dieratkan dan dikekalkan terutamanya seperti
gotong-royong dan rewang sebagai amalan yang mulia.

2) Mengetengahkan aktiviti-aktiviti budaya dan warisan sebagai khazanah budaya bangsa.

3) Menjalin hubungan baik terhadap masyarakat dan pihak masjid

4) Mendedahkan, mempromosi, menyebarluas fungsi dan peranan PADAT dengan masyarakat luar.