Program Bermalam di Muzium

TPL_WARP_PUBLISH

 

   TUJUAN

Program ini merupakan satu program yang berimpak tinggi dan berpotensi untuk menarik minat komuniti terutamanya generasi muda dalam usaha mendekatkan mereka dengan dunia permuziuman.

 LATAR BELAKANG

1.   Program “Bermalam di Muzium” merupakan salah satu aktiviti pendidikan yang dijalankan di kebanyakkan muzium utama di seluruh dunia. Di Malaysia, penganjuran ‘Program Bermalam di Muzium’ telah dipelopori oleh Muzium Negara bermula pada tahun 2005 bersemperna sambutan bulan kemerdekaan negara. Program tersebut telah mendapat sambutan di luar jangkaan menyebabkan program tersebut kemudiannya dijadikan sebagai acara wajib Muzium Negara pada saban tahun.

2.   Buat julung kalinya Perbadanan Adat Melayu dan Warisan negeri Selangor dipilih sebagai tuan rumah bagi majlis perasmian peringkat kebangsaan tahun 2018. Majlis akan dirasmikan oleh YB Tuan Muhammad Bakthtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 30 Ogos 2018 di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Sha jam 3.30 petang.

3 .  Kejayaan penganjuran program ini telah merintis perlaksanaan program yang seumpamanya di muzium-muzium lain di seluruh negara. Apatah lagi, setiap muzium mempunyai niche yang tersendiri dalam menerokai koleksi, konsep, idea, penda[at dan sebagainya dalam melahir dan menzahirkan pembelajaran.

4.   Program ini akan memberi impak dalam memperlihatkan fungsi dan peranan muzium yang lebih luas sebagai agen perubahan dan pembangunan sosial. Muzium dijadikan salah satu wahana yang membantu mengekalkan wajah budaya dan citra bangsa selain menjadi wadah terpenting dalam pembinaan negara bangsa selaras dengan cita-cita negara untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang dinamik dan bersatu padu.

5.   Program ini akan dipergiatkan lagi bukan sahaja di kesemua muzium di seluruh negara, tetapi juga diperluaskan sehingga ke peringkat pelbagai lapisan masyarakat termasuk penyertaan bersama keluarga yang melibatkan ibu bapa dan kanak-kanak

  OBJEKTIF

     1.       Mengukuhkan peranan muzium sebagai sebuah institusi pendidikan tidak formal.    

     2.       Mendidik dan membentuk generasi muda yang berpengetahuan dan peka terhadap khazanah warisan negara.

     3.       Mendekatkan muzium dengan masyarakat terutamanya dengan pelajar-pelajar sekolah.

     4.       Menggalakkan budaya mengunjungi muzium dalam kalangan generasi muda.

     5.       Mempupuk persefahaman dan semangat perpaduan sesame warganegara.

     6.       Memupuk semangat patriotik dan cintakan negara.

     7.       Meningkatkan kepuasan pelanggan dengan pelbagai program dan aktiviti untuk setiap lapisan masyarakat.