SENADA Festival Makanan Warisan Selangor

TPL_WARP_PUBLISH

 

Program ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat EXCO dibawah Standco Peradaban Melayu dan Warisan melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) bagi mengangkadan mempromosikan keungguan masakan serta makanan warisan masyarakat yang berbilang kaum di negeri Selangor. Program ini terbahagi kepada dua (2) aktiviti utama iaitu “Pertandingan Masakan” dan aktiviti pembukaan “Gerai Demontrasi Makanan” dari pelbagai kumpulan entik di negeri Selangor.

BUTIRAN PROGRAM

Tarikh    : 22 hingga 23 Disember, 2018 (SABTU - AHAD)
Masa     : SABTU ( 8.00 pagi hingga 10.00 malam); dan AHAD (8.00 pagi hingga 6.00 petang). 
Tempat  : Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

 

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah merupakan dua (2) aktiviti utama program.

A. Pertandingan Masakan Warisan seperti:-

i. Pertandingan “Kacau Dodol” - iaitu masakan kuih tradisional masyarakat Melayu; 
ii. Pertandingan “Masak Nasi Periuk Tanah” - iaitu masakan bagi masyarakat India ketika menyambut perayaan Pesta Ponggal; 
iii. Pertandingan “Bakar Kuih Kapit” - iaitu merupakan kuih tradisional masyarakat Cina; 
iv. Pertandingan “Masak Nasi Ambeng” - iaitu masakan masyarakat Jawa yang juga diangkat sebagai makanan identiti negeri Selangor; dan 
v. Kelas masakan kuih tradisional oleh kanak-kanak -“Chef Cilik”. 
vi. Kesemua pertandingan masakan tersebut menawarkan hadiah yang menarik untuk dimenangi.

 

B.Pembukaan gerai Demontrasi Makanan Warisan daripelbagai menu masakan kumpulan entik di negeri Selangor melalui Jabatan dan Agensi Kerajaan, Usahawan Kecil dan Sederhana, Persatuan dan juga NGO.

i. Lebih daripada lima puluh (50) buah gerai makanan akan dibuka dan setiap satunya menawarkan menu masakan warisan yang berbeza mengikut daerah, etnik dan juga kaum.
ii. Setiap gerai akan mempamer serta mengadakan demontrasi masakan (cara-cara penyediaan serta resepi makanan) dan pengunjung berpeluang merasai kesemua jenis makanan yang disediakan secara percuma.
iii. Pengunjung yang bertuah juga akan menerima ‘hadiah misteri’ daripada pihak PADAT sebagai tanda penghargaan dan sokongan.