Bermalam Di Muzium 2019

TPL_WARP_PUBLISH

Sempena meraikan sambutan Kemerdekaan Negara yang ke-63, Muzium Negara akan menganjurkan program Bermalam di Muzium Negara. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang peranan institusi Muzium khususnya Muzium Negara sebagai sebuah pusat rujukan dan pendidikan yang menarik untuk dilawati. Program Bermalam di Muzium merupakan satu usaha institusi muzium untuk menerapkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai pentingnya pemahaman dan menghargai sejarah, budaya serta warisan negara.

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan sebagai sebuah Muzium di utama di Selangor juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan Program yang sama sebagai tanda sokongan kepada semua muzium muzium di Malaysia. Keterangan lanjut mengenai program tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh :
30 Ogos 2019 (Jumaat)
3.00 petang - pendaftaran

31 Ogos 2019 (Sabtu)
1.30 Tengahari - Bersurai

Tempat :
Muzium Bersejarah Daerah Kuala Selangor
No 1, Puncak Bukit Malawati,
45000 Kuala Selangor

Penyertaan :
RM30 Seorang dan terbuka kepada semua pelajar berusia dari 13 hingga 17 tahun. (Terhad kepada 100 orang). Tempat adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.

Tarikh Tutup:
31 Julai 2019

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan;
Puan Comel Puteri Ibrahim
Encik Mohd Zaki Kadari
03-55190050
Perbadana Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor

Isi Borang Penyertaan Secara ONLINE