Menifestasi Tari 2020

TPL_WARP_PUBLISH

banner_menifestasi.jpg

 

Program ini bertujuan untuk  bagi merakyatkan tarian tradisional dan klasik Melayu buat generasi muda khususnya dalam kalangan para penggiat seni dan penggemar kebudayaan yang terdapat di Selangor.

LATAR BELAKANG

Produksi ini adalah yang pertama kalinya ingin dianjurkan. Produksi ini adalah cetusan idea dari Kumpulan Kesenian PADAT dalam memperkenalkan tarian-tarian klasik Melayu yang semakin hilang sinarnya. Persembahan tarian-tarian klasik Melayu ini sangat penting dalam mengekalkan kebudayaan dan warisan Melayu dalam kalangan generasi muda.


Objektif penganjuran produksi adalah seperti berikut :-

i. Bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti persembahan Kumpulan Kesenian PADAT.

ii. Untuk memberi pendedahan kepada Kumpulan Kesenian PADAT mengenai tarian-tarian klasik melayu yang harus dipelihara.

iii. Melestarikan tarian-tarian klasik Melayu agar terus dipersembahkan.

iv. Memanfaatkan media sosial sebagai medium dalam memperkenalkan Kumpulan Kesenian PADAT di Malaysia.


Tarikh dan lokasi adalah seperti berikut:-

TARIKH
10 Oktober 2020( Sabtu )

TEMPAT
Auditorium Daeng Chelak, MSAS

MASA
8.00 malam – 10.00 malam