Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) & Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
6 september 2022
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kolej Pengajian Seni Kreatif (kpsk) Dan Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor.
Memorandum Persefahaman (MoU) ini akan berkuatkuasa selama 3 tahunbermula dari persefahaman 6 September 2022 sehingga 5 September 2025.
Majlis memorandum Persefahaman (MoU) ini ditandatangani oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Haji Zaini Abdullah, Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Seni Kreatif dan Yang Berusaha Dr. Nadia Widyawati binti Madzhi selaku Ketua Pegawai Eksekutif PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT).
Majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah, EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR dan Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Sharifah Faizah Syed Mohammed, Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UITM.
