PROGRAM REWANG SEKAMPUNG 2022

TPL_WARP_PUBLISH

Buat julung-julung kalinya Kg Perepat dipilih sebagai tuan rumah mewakili Klang dlm PROGRAM REWANG SEKAMPUNG 2022.
Turut hadir YB Haji Borhan Aman Shah EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan, YB Zawawi EXCO Agama Islam merangkap ADUN Sungai Kandis, YB Dato' Abdullah Sani Abdul Hamid Parlimen Kapar, YB Azmizam Zaman Huri ADUN Pelabuhan Klang, Penyelaras KawasanSementa. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Parlimen Kapar, Pejabat Penyelaras Kawasan Sementa.
Program yang dijalankan pada 10 September 2022 hari Sabtu dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam di Masjid Kampung Perepat, Jalan Kebun Baru telah berlangsung dengan jayanya dan sangat mendapat sambutan dari kalangan penduduk.
Pelbagai aktiviti-aktiviti yang disediakan antaranya rewang sekampung, kenduri rakyat, pameran daripada 20 agensi kerajaan dan swasta, Bank Islam, BSN dan Tabung Haji, kaunter semakan KWSP, ZAKAT Selangor, persembahan kebudayaan, sukaneka tradisional, tarik tali 1Klang, penalti kain pelikat, takraw bulatan, acara sukaneka keluarga, pertandingan memancing mega, jualan terus dari ladang, pertunjukan motor klasik, persembahan Awang Clown dan belon, soopa doopa, memanah, persembahan silat, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan Qasidah, booth Restoran McDonald's dan Marrybrown, kereta kuda, booth eksklusif dari Plus Highway, urutan tradisional dan bekam, booth Proton Edar, booth Perodua, booth Toyota, solat jemaah,tahlil dan tazkirah perdana, nasyid dan qasidah, persembahan Kompang Jawa, penyampaian tokoh kampung, 30 gerai pelbagai, jualan murah dari ladang, lawatan ke ladang rusa, ladang buah 'rock melon' dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan juga persembahan Cempuleng Seni Asli Kg Sg Serdang, Kapar yang sangat memukau.
#padatselangor
#klang
#kgperepat
#rewangsekampung