Bicara Lagenda “Dari Kanchong Darat Ke Persada Dunia

Bersempena dengan Majlis Perasmian Pameran Anak-anak Sidek yang berlangsung di Muzium Sultan Alam Shah telah diadakan satu program temubual bersama Lagenda Badminton Negara pada 9 Januari 2024 yang lalu. Program yang diberi nama Bicara Lagenda “Dari Kanchong Darat Ke Persada Dunia itu telah mengambil tempat di ruang lobi PADAT dengan menjemput YBhg. Datuk (Dr.) Mohmed Misbun bin Dato’ Haji Mohd Sidek, Penasihat Kelab Nusa Mahsuri serta YBhg. Dato’ Seri Mohd Jalani bin Dato’ Haji Mohd Sidek, Presiden Kelab Nusa Mahsuri sebagai panel bagi program tersebut. Sesi perkongsian yang cukup bermakna ini telah dikemudi oleh Kurator Kanan PADAT iaitu Encik Mohamad Aris bin Haji Sahid selaku moderator program tersebut. Program yang bermula pada jam 11.00 pagi itu turut dihadiri oleh wakil-wakil dari pelbagai agensi kerajaan, rakan-rakan media dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
No images found.
