Pertandingan Wau Kapal Terbuka Negeri Selangor 2024 Sempena Fiesta Makanan Warisan Selangor 2024

TPL_WARP_PUBLISH

Rekabentuk Wau Kapal ini mempunyai ciri-ciri yang unik iaitu satu satunya wau tradisional Melayu yang menggunakan benda ciptaan manusia iaitu kapal berbanding lain-lain wau yang menggunakan unsur binatang. Ciri-ciri yang terdapat pada sebuah kapal Jong Melayu iaitu bentuk tiang layar, tiang bendera dan bentuk badan kapal dilihat mempengaruhi konsep rekabentuk Wau Kapal. Terdapat dua jenis Wau Kapal yang dimainkan iaitu Wau Kapal Tradisi dan Wau Kapal Moden dimana ianya dapat dibezakan melalui bentuk pada ekor. Walaubagaimanapun dapat dilihat Wau Kapal Tradisi mempunyai nilai-nilai seni yang mendalam serta mempunyai maksud tersurat dan tersirat dalam setiap unsur-unsur seni serta prinsip rekaannya. Hasil kajian mendapati, terdapat dua ciri utama yang membezakan Wau Kapal dengan lain-lain wau di tradisional Malaysia iaitu rekabentuk dan motif hiasan.

Bersempena Fiesta Makanan Warisan Selangor pada 17 November 2024 ini, Pertandingan  Wau Kapal Cantik Terbuka Negeri Selangor 2024  dan Pertandingan  Wau Kapal Tegak Terbuka Negeri Selangor 2024

Borang Pertandingan  Wau Kapal Cantik Terbuka Negeri Selangor 2024 (.pdf)
Borang Pertandingan  Wau Kapal Tegak Terbuka Negeri Selangor 2024 (.pdf)