Sepetang Bersama MB Selangor

Sepetang Bersama Menteri Besar Selangor
8 Februari 2025 | Sabtu
Program Sepetang bersama YAB Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari di Muzium Sultan Alam Shah sempena pembukaan semula Muzium Sultan Alam Shah.
Alhamdulillah, satu lagi sejarah tercipta! Muzium Sultan Alam Shah melakar detik bersejarah dengan lawatan rasmi oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor. Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat serta pencinta warisan dan sejarah negeri.
Di akhir lawatan, pemotongan pulut kuning sebagai simbolik hari kelahiran beliau juga menambahkan makna istimewa kepada majlis ini.
Dengan peranan muzium yang bukan sekadar tempat pameran tetapi sebagai pusat ilmu, budaya, dan identiti negeri, semoga lebih ramai pengunjung hadir untuk mengenali sejarah negeri Selangor dengan lebih mendalam.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan acara ini!
Saksikan momen-momen istimewa dalam gambar yang kami kongsikan. Jom kunjungi Muzium Sultan Alam Shah dan hayati warisan negeri kita!
EXCO Perumahan & Kebudayaan / Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat
Amirudin Shari
Ikuti kami juga di:
https://beacons.ai/padatselangor
#MuziumSultanAlamShah
#WarisanSelangor
#selangormajujaya
