Pertandingan Inovasi Alam Melayu Antarabangsa 2025

TPL_WARP_PUBLISH

innovasi

4 November, 2025 - Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) bersama Universiti Selangor (UNISEL) melakar kejayaan membanggakan apabila menerima Pingat Emas dan Anugerah Khas Pertandingan Inovasi Alam Melayu Antarabangsa 2025 bagi Inovasi Pembuatan Wau Kapal Tradisional (Trek Teknologi) serta membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00.
Kejayaan ini adalah hasil usaha dan kreativiti pasukan hebat yang terdiri daripada En. Abdullah Anas bin Abu Bakar, Pn. Rozana binti Rahmat, En. Khairul Azuwan Ishak, En. Mohammad Hazharun Naim bin Raimi Yusof, dan En. Mohamad Dzulkefli Shamsudin.
Tahniah diucapkan atas inovasi yang berjaya mengangkat warisan seni Selangor ke peringkat antarabangsa!
#PADAT #UNISEL #WarisanSelangor #InovasiAlamMelayu #WauKapalSelangor #SelangorBangga

Link Berkaitan