Bengkel Sasaran Kerja Utama 2026

TPL_WARP_PUBLISH

633995157 1417214813765809 7231308521946894753 n

BENGKEL SASARAN KERJA UTAMA 2026 & PEMURNIAN AKHIR PELAN STRATEGIK PADAT 2024–2030
Telah berlangsung Bengkel Sasaran Kerja Utama 2026 dan Pemurnian Akhir Pelan Strategik PADAT 2024–2030 sebagai langkah memperkukuh perancangan, hala tuju serta penyelarasan gerak kerja organisasi ke arah pencapaian yang lebih berfokus dan berimpak tinggi.
Bengkel ini menjadi platform penting dalam menilai pencapaian semasa, memperhalusi strategi sedia ada serta menetapkan sasaran kerja yang realistik, terukur dan selari dengan aspirasi pemeliharaan adat Melayu dan warisan Negeri Selangor. Perbincangan yang konstruktif dan komprehensif ini turut menekankan aspek tadbir urus yang efisien, inovasi program serta pengukuhan jaringan kerjasama strategik.
Semoga hasil bengkel ini menjadi panduan yang jelas dan mampan dalam memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, berkesan dan memberi manfaat berterusan kepada masyarakat serta negeri.
#KitaSelangorMajuBersama
#padatselangor
#MuziumSultanAlamShah

Link Berkaitan