Bengkel Cadangan Storyline Muzium Setem Siri 2

Bengkel Cadangan Storyline Muzium Setem Siri 2
Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah menganjurkan Bengkel Cadangan Storyline Muzium Setem Siri 2 pada 12 Februari 2026 bertempat di Hotel De Palma Shah Alam.
Bengkel siri kedua ini memberi tumpuan kepada pemurnian dan penambahbaikan naratif penceritaan Muzium Setem, melibatkan perincian struktur kandungan, penyusunan kronologi serta pendekatan interpretasi yang lebih berimpak dan interaktif. Perbincangan turut menekankan aspek pengalaman pelawat agar penyampaian sejarah filateli dapat dihayati secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat.
Inisiatif berterusan ini mencerminkan komitmen PADAT dalam memastikan pembangunan Muzium Setem dilaksanakan secara terancang dan komprehensif, sekali gus memperkukuh usaha pemeliharaan serta pemartabatan warisan negeri Selangor untuk generasi akan datang.
#KitaSelangorMajuBersama
#padatselangor
#MuziumSultanAlamShah
#muziumsetem
#KitaSelangor
