Piagam Pelanggan
Mengadakan pameran bagi memberi kesedaran dan mendidik masyarakat umum tentang sejarah, budaya dan warisan negeri Selangor:
• Pameran khas / sementara dengan minima dua (2) pameran setahun.
• Pameran luar / bergerak dengan minima enam (6) pameran setahun.
• Permohonan persembahan kesenian dijawab dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
Memberi khidmat nasihat dan rundingan berhubung aktiviti penyelidikan dalam aspek sejarah, arkeologi, adat Melayu, warisan dan seni budaya Negeri Selangor:
• Maklum balas permohonan melaksanakan penyelidikan di pusat sumber PADAT diuruskan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
• Maklum balas pertanyaan dan permohonan berkaitan penerbitan Jurnal Seri Alam PADAT diuruskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
Melaksanakan urusan-urusan berkaitan kewangan:
• Memastikan pembayaran bil / tuntutan diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja .
Menyelaras dan mengendalikan semua maklum balas pelanggan yang diterima:
• Surat akuan terima maklum balas dihantar dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
• Aduan (biasa) diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja.
• Permohonan perkhidmatan lawatan berpandu / temuramah / soal selidik dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
Melaksanakan kerja baik pulih dan pemuliharaan artifak dan koleksi muzium:
• Konservasi artifak dilaksanakan dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari bekerja.
• Aduan kerosakan koleksi diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
• Memastikan kerja awalan pengawetan dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas spesimen diterima.
Melaksanakan urusan-urusan berkaitan pengurusan artifak dan koleksi:
• Maklum balas permohonan pinjaman koleksi dijawab dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
• Proses permohonan pinjaman koleksi diselesaikan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.



