Temasya PADAT - 'Budaya dan Warisanku'

TPL_WARP_PUBLISH

 
Temasya PADAT – Budaya dan Warisan Ku ini di adakan bagi meningkat minat dan sayang masyarakat kepada warisan dan juga bersempena Tahun Melawat Selangor 2015. Cadangan bagi temasya ini di adakan bagi menghimpunkan pelbagai hasil seni dan warisan yang terdapat dan berkembang di Selangor untuk tatapan serta penyertaan orang ramai. Antara hasil seni yang akan di ketengahkan seperti seni silat, seni anyaman, seni muzik, seni tarian, seni lukisan dan seni lipatan tanjak. Manakala warisan terdiri dari warisan masakan/makanan, warisan busana, warisan senjata dan warisan seloka/pantun/gurindam/syair.
 
Temasya ini kelak akan menghimpunkan para budayawan,sasterawan,penggiat seni warisan dan badan-badan  bukan kerajaan yang mendokong seni dan warisan. Himpunan ini nanti akan menjadi medan pada mereka mempamer, mempersembah dan menjual karya atau hasil seni warisan yang mereka ada. Tidak secara lansung temasya ini akan menjadi pemangkin kepada kerajaan Negeri Selangor dalam memartabatkan seni dan warisan selain menarik minat orang ramai melawat muzium.
 

OBJEKTIF

Antara objektif utama penganjuran Temasya PADAT – Budaya dan Warisan Ku adalah :
i. Menjadikan Negeri Selangor negeri yang memartabatkan seni dan warisan
ii. Menghimpunkan para budayawan, saterawan, aktivis seni dan NGO-NGO seni dan warisan seluruh Negeri Selangor
iii. Mengangkat seni dan warisan yang telah di kaji sebagai identiti negeri.
iv. Sempena cuti sekolah ia akan menambahkan bilangan pelawat ke MSAS dan sempena Tahun Melawat Selangor.

 
 
BORANG PERTANDINGAN BERSEMPENA TEMASYA PADAT - BUDAYA DAN WARISANKU