Pertandingan Ekspresi Tari Selangor 2019

Pada 2017, buat pertama kalinya pihak Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor telah berjaya mengadakan pertandingan Ekspresi Tari dengan menerima sebanyak 20 penyertaan dari sekolah-sekolah dan IPT. Atas kejayaan ini, maka adalah dicadangkan pertandingan ini diteruskan untuk tahun 2019. Program ini adalah kerjasama strategik antara pihak Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sesuai dengan matlamat sebagai pusat rujukan seni selain memperkenalkan kumpulan-kumpulan tarian yang terdapat di Selangor.
OBJEKTIF
Diakhir program ini, para peserta diharap dapat :-
i. Mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar dalam bidang tarian.
ii. Membina keyakinan dan sahsiah diri peserta berinterasi
melalui persembahan.
iii. Memberi pengalaman dan pendedahan kepada golongan
pelajar untuk mengadakan persembahan pada peringkat yang lebih tinggi.
iv. Memupuk semangat cintakan kesenian dan kebudayaan
sebagai khazanah warisan bangsa.
SASARAN PESERTA DAN SYARAT PERTANDINGAN
Penyertaan terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu kepada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT/Terbuka di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi setiap kategori seperti mana berikut :-
• Sekolah rendah (7-12 tahun)
• Sekolah menengah (13-17 tahun)
• Institut pengajian tinggi (IPT)/Terbuka
Bagi setiap kategori yuran penyertaan dikenakan seperti mana berikut:-
• Sekolah rendah – RM 100.00
• Sekolah menengah – RM 100.00
• Institut pengajian tinggi (IPT)/Terbuka – RM 100.00
Isi Borang Penyertaan Secara ONLINE
Syarat-syarat pertandingan, Pertandingan Ekspresi Tari Selangor 2019
