PROGRAM SEMBANG WARISAN : TEKAT GUBAH BENANG EMAS
Dalam kesenian Melayu terdapat pelbagai hasil kerja tangan yang amat unik dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Antaranya batik, ukiran, tenunan, gubahan, sulaman, anyaman dan sebagainya. Tekat merupakan satu seni halus warisan Melayu yang lahir sejak Zaman Kesultanan Melaka. Seni kerja tangan ini digemari oleh pembesar-pembesar Melayu . Tidak hairanlah suatu masa dahulu, tekat menjadi pilihan sebagai hiasan dalaman pada singah sana, kamar tidur selain hiasan seperti kipas tangan, kasut dan beg tangan dan sebagainya.Di Selangor, sulaman tekat gubah mungkin telah berada di ambang kepupusan. Melihat kepada perlunya seni warisan ini agar ia tidak terhenti, dan terus diwarisi, justeru Bahagian Adat Melayu telah mengadakan satu program khususnya berkaitan Tekat Gubah Benang Emas diadakan bagi tujuan mengkaji, mengumpul bahan, mendokumentasi dan seterusnya menghasilkan penerbitan.
OBJEKTIF
Memperkenalkan kepada peserta tentang seni sulaman tekatan dengan melihat kepada sejarah, variasi dan perkembangannya di Malaysia amnya dan Selangor khususnya.
Memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari cara-cara menyulam tekat gubah.
Memupuk minat peserta untuk memelihara dan menjadi penyambung warisan kraf tradisional.
AHLI PANEL
Ahli Panel adalah seperti berikut:-
1) Y.Bhg Dr Saemah Yusof,
Pensyarah,
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
Universiti Teknologi MARA.
2) Puan Rose Dahlina Rusli
Pensyarah,
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
Universiti Teknologi MARA.
SASARAN PESERTA
Program ini mensasarkan penyertaan seramai 30 orang dengan bayaran RM 100.00 bagi setiap peserta sebagaimana berikut:-
i. Permuziuman
ii. Badan Kerajaan
iii. Pelajar IPT dalam bidang berkaitan.
iv. Orang perseorangan
v. Guru-guru sekolah
Uktuk makluman lanjut,sila hubungi:
Puan Rohayu binti Yunus
03-55190050
Alamat email ini dilindungi dari robot spam. Anda memerlukan Javascript yang aktif untuk melihatnya.