Pertandingan Seni Khat Jawi Kanvas
LATAR BELAKANG
Penulisan khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Khuhfah, Iraq dalam kurun ke-7. Menurut Nor Azlin Hamidon (2006), perkataan ‘khat’ diambil dari perkatan Arab yang membawa maksud tulisan iaitu merujuk kepada keindahan tulisan. Terdapat beberapa jenis tulisan seni khat termasuklah khat nasakh, khat khufi, khat diwani, khat riqa dan khat thuluth.
PADAT berfungsi sebagai satu institusi memelihara tradisi keilmuan dan kesenian yang berteraskan Islam, dan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor adalah dicadangkan Pertandingan Seni Khat Jawi Kanvas (Karya Siap) dianjurkan
OBJEKTIF
a) Menyuburkan pembudayaan tulisan khat melalui pertandingan yang diadakan.
b) Memperbanyakkan koleksi khat yang boleh dijadikan sebagai koleksi mahu pun bahan pameran di Balai Islam serta untuk tujuan-tujuan yang lain seperti penerbitan dan sebagainya.
Untuk Maklumat Lanjut, Hubungi:
Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya, 40000 Shah Alam.
03 – 5519 0050/55103220/55103190/55197604 (Tel)
03 – 5510 1799 (Fax)
Puan Rohayu - 012-3090344
En. Sani - 016-3130430
Puan Siti Muzli - 0133957010
Download Borang Penyertaan (430kb) Format JPG