Sumbangan Koleksi Muzium Setem
Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) kini dalam usaha membina dan menyiapkan sebuah Muzium Setem bertempat di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor yang dijangka akan siap pada tahun 2022. Pembinaan Muzium Setem ini merupakan bangunan pertama seumpamanya dibina di Malaysia dan ianya dibina khas sebagai pusat rujukan berkenaan sejarah perkembangan aktiviti pos dan filatelli negara. Atas kepentingan ini PADAT sedang giat mengumpul koleksi setem dan barangan perkhidmatan Pos di Malaysia khususnya dan di dunia secara amnya bagi tujuan pengisian muzium ini apabila ianya siap dibina kelak.
Dengan ini PADAT menjemput dan mempelawa mana-mana individu dan pengumpul barangan koleksi setem dan perkhidmatan pos mengemukakan seterusnya menyumbang koleksi berkaitan secara percuma, pinjaman, atau sewaan. Bagi menggalakkan usaha ini, individu yang menyumbang koleksi secara percuma akan menerima surat perakuan dan sijil penghargaan khas dari pihak PADAT. Koleksi yang diperlukan terdiri daripada:
• setem dan filatelli,
• peralatan dan koleksi perkhidmatan pos,
• dokumentasi berkaitan sejarah perkhidmatan pos dan filatelli,
• peta atau dokumen yang berkaitan.
Setem dan filatelli:-
1. *Setiap keluaran yang mengandungi perkara-perkara berikut:
a. Setem
b. Lembaran Mini
c. First Day Cover
d. Sheet Let
e. Folder
f. Postal Card
g. Pre Stamp Envelope
h. Pre Stamp Postal Card
i. Booklet
j. Aerogram
*termasuk keluaran pertama setem Malaysia/Persekutuan Tanah Melayu/Negeri-negeri Melayu/Negeri-negeri Bersekutu/Negeri-negeri Selat
2. *Proses pembikinan Setem, termasuk:
a) Pemilihan Tajuk
b) Draf rekabentuk awal hingga akhir
c) Pruf Cetakan
d) Mesin percetakan setem
e) Lain-lain perkara yang berkaitan
Peralatan dan Koleksi Perkhidmatan pos:-
a) Pos Box yang terawal dan terakhir
b) Cop Tarikh, Register, Terima, Reject dan lain-lain cop berkaitan yang digunakan di sebuah pejabat Pos
c) Alat-alat timbang, sukat lama dan baru serta lain-lain kelengkapan sebuah pejabat Pos.
d) Kenderaan yang digunakan untuk perkhidmatan Pos.
e) Uniform lengkap seorang pegawai Pos.
f) Buku Panduan bagi setiap pejabat Pos
g) Senarai inventori bangunan pejabat pos lama dan terkini
h) Koleksi-koleksi lain yang bersesuaian untuk dijadikan bahan pameran
Dokumentasi Berkaitan Sejarah Perkhidmatan Pos Dan Filatelli, Peta Dan Dokumen Yang Berkaitan Seperti:-
1. Buku
2. Gambar
3. Lain-lain yang berkaitan
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:-
Penyelaras Pengisian Muzium Setem
Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)
d/a Muzium Sultan Alam Shah
Persiaran Bandaraya
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-55190050 samb. 303
Hp: 019-2333554 (Anas)
019-2297686 (Sharulniza)
017-2372187 (Rafiq)
019-7373208 (Faeka)