Seminar Keselamatan: Kesedaran Kebakaran

TPL_WARP_PUBLISH

648165039 1436584271828863 6461186805905924319 n

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah menganjurkan satu Seminar Keselamatan: Kesedaran Kebakaran yang disampaikan oleh wakil daripada Safety Protection Academy Kuala Lumpur pada 4 Mac 2026. Program ini berlangsung di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah.
Seminar ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran serta pengetahuan warga kerja mengenai aspek keselamatan kebakaran, termasuk langkah pencegahan awal, tindakan ketika kecemasan serta kepentingan mematuhi prosedur keselamatan sama ada di tempat kerja mahupun di kediaman.
Melalui penganjuran program seperti ini, PADAT komited dalam memastikan persekitaran yang selamat serta memperkukuhkan kefahaman kakitangan terhadap aspek keselamatan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan.
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani
#berkhidmatuntuknegara
#padatselangor
#MuziumSultanAlamShah
#KitaSelangor

Link Berkaitan