Program Kembara Muzium 2026

TPL_WARP_PUBLISH

20260517-Kembara Warisan

Program Kembara Muzium dan Warisan sempena Hari Muzium Antarabangsa 2026

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah menganjurkan Program Kembara Muzium dan Warisan sempena Hari Muzium Antarabangsa 2026 yang disertai oleh seramai 13 kumpulan peserta. Program kembara ini berlangsung merentasi lokasi-lokasi menarik bermula dari Shah Alam sehingga ke Jugra.

Penganjuran program ini bukan sahaja menguji pengetahuan dan semangat berpasukan para peserta, malah turut menjadi medium dalam memperkukuhkan penghayatan terhadap sejarah, budaya dan warisan Negeri Selangor.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Syabas dan tahniah juga kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen serta semangat sepanjang program berlangsung. Semoga Program Kembara Muzium dan Warisan terus menjadi platform dalam memartabatkan warisan dan sejarah negeri untuk generasi akan datang.
Jumpa lagi pada edisi akan datang!

#hma2026
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani
#selangor2026
#padatselangor
#kembaramuzium
#MuziumSultanAlamShah

Link Berkaitan