Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Dengan Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya pada 23 Mei 2012 jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Daeng Perani, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. Program ini adalah bertujuan untuk usahasama dalam menjalankan kerja-kerja ekskavasi arkeologi, penyelidikan sejarah dan budaya negeri selangor serta pertukaran bahan dan maklumat berkaitan negeri selangor serta memperkembangkan percambahan idea dan pertukaran pendapat diantara kedua belah pihak.





















