Logo & Keterangan Logo PADAT

logopadat2

LOGO PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)

Warna BIRU melambangkan kesetiaan dan penghayatan yang mendalam terhadap pelestarian adat Melayu & warisan Selangor

Kepercayaan terhadap adat Melayu yang dijunjung sebagai teras pembentukan jati diri diwakili oleh warna PUTIH

SEMBILAN KELOPAK BUNGA TANJUNG yang mengelilingi logo ini mewakili sembilan daerah yang membentuk identiti negeri Selangor

CANTUMAN TAMPUK MANGGIS yang mengelilingi bunga tanjung membentuk motif baru berbentuk hati yang membawa maksud rasa kasih sayang yang dipupuk melalui adat dan warisan dalam kepelbagaian etnik rakyat Selangor