Piagam Pelanggan

 

BAHAGIAN PENDIDIKAN

Mengadakan pameran bagi memberi kesedaran dan mendidik masyarakat umum tentang sejarah , budaya dan warisan negeri:
• Pameran khas / sementara dengan minima dua (2) pameran setahun.
• Pameran luar / bergerak dengan minima enam (6) pameran setahun.
• Permohonan persembahan kesenian dijawab dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

Memberi khidmat nasihat dan rundingan berhubungan aktiviti penyelidikan dalam aspek sejarah , arkeologi, adat melayu warisan dan seni budaya Negeri Selangor:

• Maklum balas permohonan menjalankan penyelidikan di arkib / pusat sumber PADAT diuruskan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
• Maklum balas permohonan melaksanakan penyelidikan di lapangan secara kerjasama dengan PADAT diuruskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
• Maklum balas pertanyaan dan permohonan hal-hal yang berkaitan penerbitan Jurnal Seri Alam PADAT diuruskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Melaksanakan urusan-urusan berkaitan kewangan:

• Memastikan pembayaran bil / tuntutan diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja .
   Menyelaras dan mengendalikan semua maklum balas pelanggan yang diterima:
• Aduan penerima maklum balas dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
• Mengambil tindakan bagi penyelesaian aduan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
• Permohonan perkhidmatan lawatan berpandu / temuramah / soal selidik dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

BAHAGIAN KONSERVASI

Melaksanakan kerja baik pulih dan pemuliharaan artifak dan koleksi muzium:

• Melaksanakan konservasi artifak dilaksanakan dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari bekerja.
• Aduan kerosakan koleksi diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
• Melaksanakan kerja awalan pengawetan dalam tempoh satu hingga lima (1-5) hari bekerja selepas spesimen diterima.

BAHAGIAN PENTADBIRAN MUZIUM DAN DOKUMENTASI

Melaksanakan urusan-urusan berkaitan artifak dan koleksi:

• Maklum balas permohonan pinjaman artifak dan koleksi dijawab dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
• Proses permohonan pinjaman diselesaikan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.