Dewan & Auditorium

Muat Turun Kadar Sewaan Kemudahan di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.

AUDITORIUM DAENG CHELAK
Baki Bayaran : RM 3,000.00
Bayaran Tempahan : RM 500.00
Jumlah Sewa : RM 3,500.00 
Pakej :

LED Screen, Sistem PA, Lampu & Penghawa Dingin.
2 wire mic + 1 hand held mic.
Rehearsel dan persiapan tempat.
5 meja petak 2’ x 4’ dan satu rostrum.

Tambahan :

 

RM 50.00 bagi penambahan 1 mic.
RM 10.00 bagi penambahan 1 meja petak 2’ x 4’.
RM 500.00 bagi penggunaan LCD Projektor serta kelengkapan
RM 3.00 tanpa alas bagi penggunaan 1 kerusi banquet.
RM 20.00 bagi penambahan 1 meja bulat

Kapasiti : 267 Orang
Tempoh Penggunaan : 8.00 pagi – 6 petang dan RM 150.00 bagi setiap 1 jam selepas jam 6 petang.
DEWAN RAJA LUMU
Baki Bayaran : RM 3,000.00
Bayaran Tempahan : RM 500.00
Jumlah Sewa : RM 3,500.00 
Pakej :

 

PA sistem, lampu dan penghawa dingin.
2 wire mic + 1 hand held mic.
20 meja bulat dan 200 kerusi Banquet.
10 meja petak 2’ x 4’ dan satu rostrum.
Rehearsel dan persiapan tempat

Tambahan :

 

RM 500.00 bagi penambahan LCD projektor.
RM 50.00 bagi penambahan 1 mic.
RM 10.00 bagi penambahan 1 meja petak.
RM 3.00 tanpa alas bagi penggunaan 1 kerusi banquet

 

Kapasiti : 300 Orang
Tempoh Penggunaan : 8.00 pagi – 6 petang dan RM 150.00 bagi setiap 1 jam selepas jam 6 petang.
PAKEJ AUDITORIUM & DEWAN
Baki Bayaran : RM 3,500.00 
Bayaran Tempahan : RM 700.00
Jumlah Sewa : RM 4,200.00
Pakej :

" Seperti di atas "

 

SYARAT-SYARAT PENYEWAAN 
AUDITORIUM DAENG CHELAK DAN DEWAN RAJA LUMU,
MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, SHAH ALAM.

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Menggunakan Kemudahan,  tidak lewat 14 hari dari tarikh penggunaan untuk mendapat kelulusan dari Ketua Pegawai Eksekutif PADAT. Bayaran tempahan sebanyak RM500.00  tunai hendaklah dijelaskan berserta serahan borang tempahan.

2. Jabatan-jabatan Kerajaan yang menggunakan Pesanan Tempatan (L.O) hendaklah menyerahkan L.O apabila membuat pengesahan tempahan dan bayaran hendaklah dibuat sebelum tarikh penggunaan. Bayaran penuh sewa dewan/auditorium hendaklah dijelaskan 7 hari sebelum digunakan tarikh sewaan atau semasa tempahan.

3. Bayaran sewa auditorium/dewan hendaklah dibuat dengan cek berpalang atas nama ‘ PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR.’ No. Akauan 8001942430, Commerce International Merchant Bank (CIMB) cawangan CIMB Shah Alam.

4. Pihak pengguna perlu mengemukakan surat atau mengisi Borang Tuntutan Bayaran Tempahan serta resit asal kepada PADAT dalam tempoh 30 hari bekerja sekiranya pihak pengguna ingin membatalkan tempahan. Sekiranya tiada sebarang pembatalan selepas 30 hari bekerja, bayaran tempahan tersebut dianggap lupus. Bayaran Tempahan tersebut tidak dapat dituntut selepas penggunaan Auditorium/ Dewan Raja Lumu.

5. Kadar bayaran adalah untuk kendalian sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Selepas  waktu tersebut sebanyak 5% dikenakan bagi setiap jam berikutnya bermula jam 6.00 petang.

6. Pihak PADAT tidak menyediakan perhiasan pentas, penyusunan kerusi meja dan alas meja. Pengguna hendaklah menyusun kerusi meja sendiri mengikut keperluan.

7. Persiapan terakhir hendaklah dibuat oleh pihak pengguna sehari sebelum tarikh penggunaan tertakluk pada kekosongan. Pihak Muzium hendaklah diberitahu jika ada bantuan yang diperlukan. Sebarang perkhidmatan tambahan yang diperlukan, pihak pengurusan boleh mengenakan bayaran atas perkhidmatan yang diberikan pada kadar yang ditetapkan. Permintaan terhadap tambahan di saat-saat terakhir tidak akan dilayan.

8. Sebarang tambahan kemudahan dan alat-alat yang diperlukan oleh pihak pengguna hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan pihak pengurusan dan diuruskan sendiri oleh pihak pengguna. Pendawaian elektrik tambahan tidak dibenarkan sama sekali sebelum mendapat kelulusan PADAT.

9. Pihak pengguna bertanggungjawab di atas keselamatan kawalan, kebersihan, tatatertib pengguna dan segala peraturan serta arahan dipatuhi dengan sepenuhnya. Pihak PADAT tidak akan bertanggungjawab atas segala kemalangan/kematian atau kehilangan harta benda pihak pengguna. Sebarang tuntutan tidak akan dilayan.

10. Segala kerosakan dan kehilangan harta benda muzium akibat kecuaian pengguna akan dituntut oleh PADAT  dan hendaklah ditanggung oleh pihak pengguna itu sendiri.

11. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengguna untuk memastikan sampah sarap atau sisa makanan dibawa keluar terus daripada kawasan bangunan Muzium Sultan Alam Shah.

12. Pihak pengguna adalah dilarang sama sekali mencuci segala peralatan seperti pinggan mangkuk dan sebagainya disekitar Dewan Raja Lumu.

13. Dilarang membawa makanan/minuman, merokok dan berniaga di dalam ataupun di luar kawasan auditorium/dewan. Segala aktiviti yang dijalankan hendaklah tidak melanggar undang-undang.

14. Pengguna tidak dibenarkan memasuki kawasan lain selain yang telah ditetapkan ( kecuali galeri pameran ).

15. Sekiranya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak pengurusan berhak membuat apa-apa pindaan dan boleh membatalkan sebarang tempahan pada bila-bila masa tanpa merujuk pihak pengguna. Pihak pengguna tidak berhak menuntut gantirugi dan sebarang tuntutan lain.

16. Pihak pengguna perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan muzium untuk membuat pemeriksaan keselamatan dan kebersihan bersama sebelum meninggalkan auditorium/dewan.

17. Segala keputusan  di atas atau masalah yang mungkin timbul/berbangkit dengan pengguna adalah muktamad dan berkuatkuasa pada 01.01.2017.

 

Sebarang tempahan atau pertanyaan sila hubungi:

 

Unit Kewangan dan Pembangunan,
Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor,
d/a Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 SHAH ALAM.

No. Telefon : 03- 55190050 / 55197604 / 55103190 & 55103220
No. Faks       : 03- 55101799
Encik Ahmad Najib bin Mohd. Zaini
Encik Rusli bin Hashim
Puan Rosiah binti Mohd Tap

 

Gambaran Dewan Raja Lumu, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.